Orang kata hidup kena sentiasa beringat sebab kita tak tahu pasang surutnya. Dunia hiburan juga tidak terkecuali.
Disebabkan artis adalah kumpulan pekerja "freelancer", mereka sering terlupa untuk menyimpan untuk hari tua. Ada juga yang ditimpa pelbagai masalah kesihatan sehingga duit pun habis dibelanjakan untuk rawatan. Masa muda memang seronok, dipuja ramai, tetapi bila tua kalau tidak menyimpan, bakal merempat. Penyanyi terkenal era 90-an, Shima antara yang tidak begitu bernasib baik. Penyanyi yang pernah terkenal dengan lagu "Teringin" dan "Setelah Aku Kau Miliki" itu rupa-rupanya hidup susah selepas tidak lagi mengejar glamour. Dilaporkan Berita Harian Online, Shima, 50, baru sahaja mendapat kunci rumah Projek Perumahan Rakyat dengan sewa bulanan RM255 selepas hidupnya bersama suami ditimpa malang. "Alhamdulillah, proses ini dipermudahkan dan saya rasa sangat bertuah. Ada yang kena menunggu bertahun-tahun. Walaupun belum tahu jumlah wang deposit, saya sangat bersyukur. "Kalau boleh, kami mahu segera berpindah, tetapi sebelum itu kena cukupkan dahulu wang deposit. Tambahan pula, kami juga perlu membayar lori untuk memindahkan barang," katanya lagi. Tetapi, rupa-rupanya Shima bukanlah satu-satunya artis yang tidak bernasib baik. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin mendedahkan pihaknya menerima permohonan 69 selebriti untuk mendapatkan rumah PPR dibawah Inisiatif Perumahan Seni Harapan. Mereka yang berjaya, termasuklah Shima akan dipindahkan ke Lembah Subang 2 secara berperingkat. "Artis yang dicadangkan untuk mendapat insentif perumahan itu adalah rujukan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) dan persatuan lain yang sememangnya layak memohon. "Begitupun, 19 daripada permohonan itu terpaksa ditolak kerana mereka sudah memiliki rumah, manakala 50 lagi masih dalam proses pemilikan sebelum dapat dipindahkan ke Lembah Subang 2, secara berperingkat," kata Zuraida. Fuh, semua duduk satu tempat ni bolehlah berkerjasama hasilkan karya baru, mana tahu jadi "hit" boleh tolong kehidupan mereka yang susah. Kesian kan. Artis lama dulu tak pandai berniaga macam sekarang, harap-harapnya artis baru boleh tolong bantu. Hidup masing-masing, ada turun naik. - CARI |
Kurex replied at 31-8-2019 11:31 AM
Aku suka lagu luka dilukai, aku tetap aku
mizzmimi replied at 31-8-2019 01:00 PM
Dedulu baca urtv, sorang retis 80an letop juga, hobinya tukar2 kereta.. Masa featured kat urtv tu te ...
putericahaya999 replied at 31-8-2019 02:00 PM
Honda mayat tu camana
ADVERTISEMENT