Pentas Big Stage 2019 kembali dengan episod baru malam semalam. Ramai yang tak sabar menantikan persembahan apa yang ditonjolkan oleh artis kegemaran mereka. Kalau kita lihat Hanbyul mendapat pujian melambung daripada juri selain mendapat undian tertinggi untuk dua minggu berturut-turut, lain pula ceritanya dengan Aziz Harun yang sering menerima komen negatif.
Sebelum bermulanya Big Stage semalam, Aziz telah memuat naik satu entri di laman Twitternya sehingga menimbulkan teka-teki para peminatnya. Teka-teki itu terjawab apabila artis lelaki itu sendiri mengumumkan bahawa dia ingin mengundurkan diri daripada pertandingan tersebut selepas selesai persembahannya. Sementara menunggu keputusan rasmi daripada pihak produksi dan Aziz sendiri, ramai yang 'speku' mungkin artis itu tertekan kerana mendapat komen negatif dari juri saban minggu. Namun begitu, pada akhir episod itu, Aziz menjelaskan bahawa dia mendapat tawaran belajar di UK dan dia tidak mahu melepaskan peluang ini. Dia juga menjelaskan bahawa ini adalah impian ibu dan ayahnya jadi dia mahu merealisasikan keinginan mereka itu sebagai anak. Rata-rata peminat melahirkan rasa sedih dengan berita itu dan mengharapkan yang terbaik untuk Aziz apabila merantau ke negara orang. Tak kurang juga yang pelik kenapa Aziz membuat keputusan untuk menyertai Big Stage jika dia hanya akan meninggalkannya separuh jalan. Ada juga penonton yang hairan kenapa Dinda Permata terselamat daripada penyingkiran walaupun dia mendapat markah terendah. Hanya kerana Aziz mengundurkan diri, tak seharusnya pihak produksi menyelamatkan artis dari Indonesia itu. Apa-apa pun good luck Aziz! -CARI |
hayrin86 replied at 2-9-2019 08:47 AM
Nasib baik tak tgk BIG STAGE.. Buang masa
RatuDunia94 replied at 2-9-2019 03:15 AM
Hahaha... Tajuk artikel munkin berbeza yach kalau heols perfom well kat Big Stage. Mungkin begini "A ...
RatuDunia94 replied at 2-9-2019 10:15 AM
Hahaha... Tajuk artikel munkin berbeza yach kalau heols perfom well kat Big Stage. Mungkin begini "A ...
beta_carotene replied at 2-9-2019 02:46 PM
Sejenis rakyat brunei mmg camtu
Theyols ada inferiority complex
grouper replied at 2-9-2019 02:17 PM
Who r ussss
gideoncross replied at 2-9-2019 03:24 PM
Iols yg rkyt Brunei pun boleh bgithu "budak2 pndai" kat negeri iols ni bakalan d hntr ke UK utk sm ...
messymimi replied at 2-9-2019 03:23 PM
Xde thread kesinambungan kah utk big stage ni?? Iols first time tgk ni haa..ada ulangan ptg ni. Satu ...
Themilo replied at 2-9-2019 02:03 PM
persoalannya sekarang, diraf dias nak sokong team mana pasni nyehh?.. aziz dah tarik diri, heshe m ...
Lula2 replied at 2-9-2019 03:57 PM
Diorg ni self funded kah?
I pun dulu study ramai jumpa bruneian..
ADVERTISEMENT