Kelmarin, Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran sekali lagi mendedahkan "cadangan bijak" diberikan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mahu meningkatkan usia persaraan wajib daripada 60 hingga ke 65 tahun, seperti yang diamalkan beberapa buah negara maju lain.
Seperti diduga, cadangan itu mencetuskan kemarahan ramai warganet yang menyifatkan ia tidak adil untuk orang muda yang terus bergelut mencari peluang pekerjaan lebih baik. Bukanlah maknanya, kalau CEO bersara, anak muda akan naik jadi CEO, tetapi semua orang akan perlahan-lahan naik pangkat, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda memasuki industri untuk jawatan rendah. Rata-rata warganet mempersoalkan cadangan menteri itu, menyifatkan biarlah orang tua bersara, menikmati kehidupan tua dengan duit KWSP mereka. Ada juga yang memerli kononnya cadangan ini untuk memaksa anak muda terus kerja teruk seperti bawa Grab dan sebagainya kerana pekerjaan lain dipegang orang tua. Malah, usia 65 tahun itu juga dianggap tidak sesuai kerana ramai orang tua tidak akan produktif dalam kerja. Malah, sekiranya diterima, lebih ramai anak muda yang "merajuk" keluar cari pekerjaan di luar negara kerana di Malaysia tiada peluang untuk mereka. Pendek kata, cadangan menteri ini ditentang banyak pihak. Betul juga kan, kalau asyik orang tua diberi peluang, orang muda terus merempat la jawabnya. Jadi, anda sanggup ke kerja sampai umur 65 tahun? - CARI
|
Boomibulat replied at 3-9-2019 11:52 AM
Orang tua keja gomen
Orang muda keja gojek
Metana replied at 3-9-2019 12:11 PM
banyak je org tua yg dah pencen masuk balik serap sebagai kontrak. sebabnyer..mereka je pakar buat b ...
sarahmirza replied at 3-9-2019 12:16 PM
Sesetengah jawatan kita setuju disambung kontrak....cth mcm lecturer, doktor pakar, profesional en ...
laksmanabentan replied at 3-9-2019 01:12 PM
kalau bidang2 tertentu okay la...
boleh accept..
ini yg kerani2... pegawai2 tu semua nak kerja sa ...
ADVERTISEMENT