Siapa yang tidak kenal dengan trio Youtubers Malaysia iaitu Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Yoe Parey yang memiliki pengikut lebih 1 juta. Asif yang menghidap mild autism diperkenalkan Syahmi Sazli dalam Drama Spontan menjadi popular dan diminati ramai.
Syahmi Sazli selaku 'majikan' Asif membayar hasil kerja remaja itu melalui tanggungan perbelanjaan barang dapur, keperluan harian, pakaian dan bayaran RM200 untuk setiap lakonan Drama Spontan. Kesemua bayaran tersebut diberikan kepada bapa Asif. Namun, sejak akhir-akhir ini timbul pula isu mengenai bayaran dan kebajikan Asif. Kakak Asif, Siti Nur Atina Suhaimi, 30 turut mempertikaikan tanggungjawab Syahmi selaku majikan kepada remaja berkenaan. Rupa-rupanya konflik tersebut berpunca dari salah faham yang ditimbulkan oleh bapa Asif sendiri. Susulan daripada isu ini, Syahmi memberi bayangan bahawa Asif berkemungkinan tidak lagi berlakon di dalam Drama Spontan. Ekoran itu, Tina telah memohon maaf pada Syahmi dan isterinya Anissa dan mereka telah bersemuka bagi menjernihkan salah faham tersebut. Hasil pertemuan mereka, Tina berkata Asif dibenarkan untuk kembali berlakon menerusi produksi milik Syahmi. Satu perjanjian bertulis dan kontrak dibuat khusus mengenai bayaran demi kepentingan dan kebajikan Asif. Asif dan Syahmi kembali bergabung dan karier Asif akan diuruskan oleh kakaknya Tina. Peminat pasti tidak sabar melihat gandingan Syahmi dan Asif dalam drama spontan yang akan datang. - CARI |
chicozinn replied at 11-9-2019 11:05 AM
sape ni apsal aku xkenal?
gugunogaga replied at 11-9-2019 11:11 AM
Nape meols tak pernah rasa deols ni kelakar?.. Sejenis lawak bodoh macam si amir raja lawak tu
gugunogaga replied at 11-9-2019 11:11 AM
Nape meols tak pernah rasa deols ni kelakar?.. Sejenis lawak bodoh macam si amir raja lawak tu
anony-mous replied at 11-9-2019 11:15 AM
Tau xpe. Sumpah sikit pon xbest. Xkelakar kalau best xpe, ni best pon x. Jauh la level dgn kokom e ...
gugunogaga: Nape meols tak pernah rasa deols ni kelakar?.. Sejenis lawak bodoh macam si amir raja lawak tu
Bunga88 replied at 11-9-2019 11:27 AM
Elok la dh berbaik. Rm200 tu mcm sikit klu ikutkan.
gugunogaga replied at 11-9-2019 11:11 AM
Nape meols tak pernah rasa deols ni kelakar?.. Sejenis lawak bodoh macam si amir raja lawak tu
natrahn replied at 11-9-2019 03:30 AM
dorang tanggung benda lain lagi... bagi hp pak asif pi jual...pastu minta duit je kat syahmi
natrahn replied at 11-9-2019 11:30 AM
dorang tanggung benda lain lagi... bagi hp pak asif pi jual...pastu minta duit je kat syahmi
ADVERTISEMENT