Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sudah tidak lama hadir ke mesyuarat parti. Katanya, beliau sudah menasihati Azmin yang juga Menteri Ekonomi supaya datang menghadiri ke mesyuarat selepas ini. "Saya tidak tahu boikot mesyuarat atau tak, dia tidak datang. "Dan saya dah nasihat, mesti datang!" katanya dipetik MalaysiaKini. Beliau berkata demikian ketika disoal pemberita tentang Azmin yang tidak hadir ke mesyuarat parti sebelum tindakan disiplin diambil keatasnya. Sementara itu, Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, ketidakhadiran mereka disebabkan Anwar tidak melayan tiga pucuk surat yang dihantar kepadanya bagi mengadakan pertemuan perdamaian. Manakala, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution pula menolak permintaan Zuraida untuk mesyuarat perdamaian, sebaliknya meminta menghadiri mesyuarat parti.
Pada 25 Ogos lalu, Anwar berkata, Azmin 'tidak kebal' dan boleh dikenakan tindakan disiplin kerana tidak menghadiri majlis pimpinan pusat (MPP), bagaimanapun beliau menyerahkan kepada lembaga disiplin parti untuk menyiasat perkara ini. Peraturan parti memang mensyaratkan jika seseorang tidak hadir ke mesyuarat sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa sebab akan gugur jawatannya. Namun, Anwar berkata, ada kala orang cuba cari sebab, jadi lembaga disiplin perlu mempertimbangkannya. - CARI
|
ADVERTISEMENT