Aliff Aziz yang sering dihimpit kontroversi sejak beberapa tahun kebelakangan ini didakwa Mahkamah Singapura atas dua tuduhan mencuri, pagi tadi. Berita Harian Singapura melaporkan, penyanyi dan pelakon berasal dari negara itu didakwa mencuri wang sebanyak 300 Dolar Singapura (RM909) dan sejuta rupiah (RM297) daripada pelakon Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri. Menurut kertas pertuduhan, Aliff didakwa melakukan perkara itu di sebuah bilik di Studio M Hotel, 3 Nanson Road antara 12 tengah malam dan 3 pagi pada 7 Jun. Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz turut dituduh mencuri sepaket rokok dan pemetik api bernilai 15.60 Dolar Singapura (RM47.30) milik individu bernama Gurwinder Singh S/O Harwindar Singh di kafe Starbucks di Plaza Singapura kira-kira jam 4.45 pagi pada 6 Ogos 2018. Penyanyi itu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 5,000 Dolar Singapura (RM15,161) dan perbicaraan akan disambung pada 1 Oktober ini. Aliff sebelum ini menggemparkan industri seni selepas beberapa kali dilaporkan curang terhadap isterinya, penyanyi Bella Astillah. Malah, kontroversi skandalnya dengan beberapa wanita turut mendapat perhatian media. Aliff dan Bella yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 bercerai pada 16 Mei lalu dan dikurniakan anak lelaki, Muhammad Ayden, 2. Semoga Aliff berubah selepas ini. - CARI
|
sehirkedi replied at 3-9-2019 04:20 PM
Agak pelik sikit.. Bukan ke Yunika cakap alif curi duit dia ketika dia pergi bayar bil di restoran s ...
sehirkedi replied at 3-9-2019 04:20 PM
Agak pelik sikit.. Bukan ke Yunika cakap alif curi duit dia ketika dia pergi bayar bil di restoran s ...
ADVERTISEMENT