Misteri penculikan kanak-kanak di Kota Bharu akhirnya terjawab apabila seorang lelaki tampil 'mengaku' terbabit dalam insiden itu. Sinar Harian sebelum ini melaporkan mengenai sebuah rakaman tular yang memaparkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun beruniform sekolah diculik di Jalan Kebun Sultan, semalam.
Berikutan itu, pemandu Perodua Viva putih berkenaan tampil mengaku sebagai individu yang bertanggungjawab dalam kejadian. Abdullah Aqili Romeli, 28, berkata, insiden itu hanyalah lakonan filem pendek semata-mata yang dihasilkan sebuah badan bukan kerajaan dari Pulau Pinang pada Jumaat lalu. “Saya adalah pelakon yang membawa kereta Perodua Viva dalam rakaman tersebut dan kejadian itu bukan penculikan sebenar, sebaliknya hanya dirakam untuk tujuan pertandingan filem pendek yang dianjurkan Kementerian Penerangan.
“Rakaman yang tular berdurasi 19 saat tersebut pula adalah sebahagian daripada sedutan filem yang keseluruhan berdurasi tiga minit 20 saat berkisarkan tentang perkauman,” katanya kepada Sinar Harian. Abdullah akui langsung tidak tahu-menahu mengenainya sehinggalah melihat video berdurasi tiga minit 20 saat itu sendiri, semalam. Katanya, dia berasa bertanggungjawab untuk meredakan kegusaran akibat salah faham itu. “Saya hanya berlakon dalam filem berkenaan dan dibayar dengan sejumlah wang tunai. Mengenai sedutan culik yang dimuat naik sehingga mengundang kebimbangan tersebut, saya tidak tahu dan hanya boleh mengesahkan rakaman itu adalah lakonan dan bukan kes culik sebenar. “Saya juga tidak tahu sama ada ia adalah taktik promosi atau tidak dan saya sendiri terkejut apabila banyak laman yang berkongsi rakaman tersebut hingga disalah erti kepada kejadian culik sebenar, padahal hanya berlakon,” jelasnya. - CARI
|
krustykrab: Kalau tgh shooting mesti ada krew kat situ...
krustykrab replied at 3-9-2019 05:32 PM
Kalau tgh shooting mesti ada krew kat situ...
ADVERTISEMENT