Keputusan Kementerian Pendidikan untuk menyediakan Program Sarapan Percuma (PSP) kepada semua pelajar sekolah rendah pada tahun hadapan disambut baik oleh warga Malaysia. Ia bukan sahaja membentuk generasi yang lebih sihat, malah menerap pendidikan sivik dan disiplin dalam kalangan pelajar. Timbul persoalan, bagaimana bentuk sarapan tersebut memandangkan kebanyakkan kantin di sekolah menyediakan makanan kurang berkhasiat seperti makanan segera dan makanan ringan. Portal Majalah Pendidik memberikan idea tersebut berdasarkan sarapan pagi yang disediakan di Jepun. Ianya dipuji kerana lengkap dengan gizi makanan iaitu karbohidrat (nasi), protein (telur) dan zat mineral (sayur dan buah-buahan). Jadi, bagaimana sebenarnya sarapan yang disediakan di Malaysia? Nampaknya program ini juga mendapat kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Industri dan Asas Tani dan pakar pemakanan di beberapa universiti tempatan. Hal ini menjelaskan yang projek serius ini adalah untuk memastikan generasi akan datang dipupuk dengan nilai-nilai murni. Berikutan itu, warganet turut mencadangkan beberapa menu sihat disediakan dan bukannya makanan yang sentiasa berada di kantin sekarang seperti, kentang goreng, burger dan sebagainya. Pastinya ia tidak sesuai dijadikan makanan rutin bagi pelajar. "Makan sandwich, buah dan susu pun dah cukup berkhasiat untuk belajar. Bukannya dari rumah pun dah dibekalkan dengan nugget. Letak sos lagi. Setiap hari pula tu!" Walaupun ramai yang menyatakan sukar untuk mengikis habit sarapan pagi rakyat Malaysia yang rata-ratanya berat seperti nasi lemak, nasi dagang dan sebagainya, tetapi ia perlu dimulakan sekarang. Memandangkan pihak kementerian sudah pun mahu mengambil alih tugas menyediakan sarapan pagi berkhasiat buat anak-anak kita. Harapnya ibu bapa tidak berlepas tangan pula. Sediakan menu berkhasiat sepanjang masa supaya kesannya nanti akan mencergaskan otak dan fizikal mereka. Seterusnya tiada lagi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak yang juga boleh menyebabkan penyakit lain seperti diabetes. - CARI |
adila39 replied at 4-9-2019 12:32 PM
Kementerian shud hire dietician la.. advise menu.. jgn bebalik nasi lemak soto mee goreng
ADVERTISEMENT