CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ganjaran Lumayan! Apple Tawar AS$1 Juta Kepada Penggodam Yang Berjaya Ceroboh Sistem iPhone

5-9-2019 12:15 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 1510| Komen: 1|Original author: Tukang Tulis

Siapakah yang bakal menerima ganjaran AS$ 1 juta daripada Apple? (gambar hiasan) Kredit foto: ABS-CBN News

Apple menawarkan ganjaran AS$1 juta (RM4.2 juta) kepada mana-mana penyelidik yang berjaya menggodam iPhone dengan mengawal sepenuhnya telefon pintar berkenaan yang telah dikemas kini.

Memetik laporan TechCrunch, ganjaran itu akan diberikan kepada mereka yang berjaya melakukan penggodaman tanpa melibatkan sebarang interaksi pengguna dan dengan mengetahui nombor telefon sasaran sahaja.

Dalam bahasa teknikal, penggodam mesti melakukan serangan pelaksanaan kod kernel rantaian penuh tanpa klik secara berterusan.

Penggodam perlu membuktikan kemampuan mereka menceroboh sistem iOS Apple dengan menggunakan nombor telefon sasaran sahaja (gambar hiasan) Kredit foto: TechCrunch

Apple turut menyatakan, mana-mana penyelidik yang dapat mengesan kelemahan dalam model baharu yang bakal dikeluarkan layak untuk menerima bonus 50% sebagai tambahan kepada ganjaran yang mereka terima.

Program ganjaran itu akan mula ditawarkan kepada semua penyelidik keselamatan mulai penghujung 2019.

Syarikat tersebut turut mengesahkan laporan Forbes yang diterbitkan baru-baru ini bahawa ia akan memberi beberapa unit iPhone khas untuk pembangun kepada penyelidik serta penggodam yang telah disahkan dan dipercayai di bawah Program Penyelidikan Keselamatan Peranti iOS.

Peranti khusus tersebut memberi akses kepada penggodam untuk menembusi perisian dan sistem pengoperasian yang dipasang bagi membolehkan mereka mengesan kelemahan yang lazimnya dilindungi oleh shell selamat.

Sebelum ini, Apple menawarkan ganjaran maksimum AS$200,000 (RM842,400) bagi program tersebut.


Apple berharap jumlah wang ganjaran yang lebih lumayan itu akan menggalakkan para penyelidik untuk mendedahkan isu keselamatan perantinya secara tertutup sekali gus membantu meningkatkan perlindungan kepada pelanggan-pelanggannya.

Mungkin juga cabaran tersebut strategi Apple untuk meyakinkan kepada para pelanggan tentang aspek keselamatan peranti-peranti keluarannya. - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 6-10-2019 09:24 PM
Dah ada yang sambut cabaran ke?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.043940 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top