CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hantaran Cuma RM500 Pun Boleh Kahwin

4-9-2019 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10968| Komen: 104

Pasangan ini tular di laman maya baru-baru ini kerana melangsungkan perkahwinan pada 2018 tanpa sebarang elemen gah seperti pelamin, jurugambar, kompang, makan beradab dan cuma berasaskan hantaran RM500. 


Menurut Siti Rozyainie, 26 dia dan suaminya, Mohd Hafiz Khodir, 26 bukanlah tidak mempunyai bajet namun memikirkan banyak kegunaan lain yang menanti selepas majlis perkahwinan. 

“Kami hendak buat majlis ringkas seperti ini, kalau orang kata tiada duit, tidaklah sampai tahap ini. Tipulah kalau kami kata tiada duit sebab masa ini, kami sudah bekerja,” kata Rozyainie seperti dilapor Harian Metro.

“Tapi duit itu banyak lagi benda boleh buat selepas kahwin dan komitmen lain. Kami sudah maklum awal-awal pada suami tidak mahu hantaran tapi dia tetap bagi RM500.”

Kredit foto: Metro

Rozyainie mengbias kembali detik bersejarah sebagai suami, menerusi status di Facebook.

“Tiada pelamin, tiada jurugambar profesional, tiada photoshoot, tiada kompang, tiada orang bersilat, tiada acara sambut pengantin, tiada dj radio, tiada makan beradab, tiada acara potong kek, tiada gadis-gadis dulang hantaran, tiada bridesmaid, tiada kasut pengantin (yang ni lawak), tiada crown, tiada tengkolok, keris pisau pedang kapak, tiada honeymoon.”

Ramai juga tersentuh kerana pada majlis itu ketiadaan kedua ibu bapa dan yang hadir cumalah adik beradik, sahabat, jiran, guru dan ahli keluarga pihak lelaki. 

Kredit foto: tribunnews

"Jadi, saya tidak kisah jika orang lain berkahwin macam mana sekalipun, majlis besar, hantaran tinggi dan sebagainya. Tapi bagi saya, hormatilah setiap cara orang untuk mengurus kehidupan sendiri.

“Jangan disebabkan kita mampu dalam segala hal, kira selalu memandang rendah terhadap orang biasa,” katanya. - CARI 
4

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 3-9-2019 01:22 PM
kalau nak ikutkan kata orang..sampai bila ko tak kawin....
Quote dess402 3-9-2019 01:24 PM
mulut melayu kan macam mulut puaka .
hadap aje la  .
Quote shernazz 3-9-2019 01:39 PM
Iya lah ..
Lantak aje
Adek iols kawen xde lagu lagu bagai pung dikatakan kenduri arwah
Weols peduli apa
Janji makan tu tetamu cukup..sedap dan teringat ingat gitchuuuu...

Adek laki iols lagi la..dia kata kawen nnt nak jamu orang bihun goreng n air sirap je
Mak iols cakap..tu bukan takat kenduri arwah dah...tu jamuan kelas sekolah ko
Quote awanysss 3-9-2019 01:48 PM
mulut org kan.. bolayannnn jee
sbb tu iols tak nikoh lg, duit tak cukup.. bridal, photog, doorgift ngan mekap je dah around 10k..
makan dewan tak termasuk lg..

almaklumlah family besau, kang kahwin koboi je kena kecam 7 keturunan
Quote matchstick 3-9-2019 01:48 PM
dh selamat dpt anak sorang pun, baru viral..utk nk puaskan hati netizen kena bersanding lagi sekali ke guane
Quote R2D2 3-9-2019 01:54 PM
Quote batmana 3-9-2019 02:07 PM
patut ada mufti wat fatwa, haramkan hantaran neraka ni
pstu padam ruangan wang hantaran dlm sijil nikah

benda bidaah ni dah jadi barah dlm masyarakat

smpai bergaduh psl wang hantaran neraka kt masjid dulu, ummah meleis la yg buat

Quote kasibiman 3-9-2019 02:07 PM
Tahniah dek.

Abe doakan engkau dgn suami kekal bahagia Dan dirahmati selalu.

Persetankan jah melayu dengki khianat tu semua
Quote abangadek 3-9-2019 02:12 PM
taknak aku jantan sengkek camni, bajet kawen 1k apooooooo
Quote vespa_oren 3-9-2019 02:28 PM
pic ada x?
Quote sukacactus 3-9-2019 02:29 PM
Ok la tu mampu jg buat kenduri
Yg penting diorang yg nak buat camtu
Sapa yg nak buat kenduri kawin tu sila2 la ukur baju di badan sdr
Susah ke senang korang sdr yg merasa
Org keliling mmg sampai bila2 xreti nak tutup mulut
Quote ifanonline 3-9-2019 02:31 PM
selagi adanya manusia di muka bumi, selagi itu ada mulut yg berckp...
Quote bulan_gerhana 3-9-2019 02:35 PM
eiii derang ni xde keje kke... asyik nak ngutuuuuk je.. dah jodoh dia sampai.. biar la dia kawen... dia byk pk pasal hari2 selepas kawen... alhamdulillah.. lantok mulot2 puaka tu.. ade derang yg bagi makan ko.. hado??? xdo kan.. ngate je lebey...
Quote hatikudus 3-9-2019 02:38 PM
Eleh yg kenduri grand konon tu bertepek hutang kawin cerai kawin cerai tak abis2 bayo
Quote bezita60 3-9-2019 02:42 PM
Tak faham semua benda nak cerita dalam media sosial. Same je aku tgk yg overbudget up cerita sbb nk berlagak, yg bajet kecik pun up cerita...humble bragging.

Korang simpan je cerita utk anak cucu takleh ke?
Benda simple. Ada duit kau kawin. Takde duit kau happy je la solo pun.

Kesah sgt mulut org..mati kau tak hidup.
Quote asfaz 3-9-2019 02:47 PM
gaara_X replied at 3-9-2019 01:22 PM
kalau nak ikutkan kata orang..sampai bila ko tak kawin....

betul tu. ai bertunang pun dicebik dek kawan kenapa tak pasang khemah. bertunang aje pun. Tahun 2002
Quote Artemesiaa 3-9-2019 02:49 PM
Hidup kalau asyik kena dengar cakap orang bakal merosakan.  Mulut sendiri pun kadang susah nak tutup inikan pulak mulut orang jadi pedulikan je.
Quote Sazida 3-9-2019 02:50 PM
Sendiri up cerita majlis kos 1k. Igt sedara ke tetamu yg up. Sooo yesterday. Ko frame dlm buku hidup ko sudahlah.
Quote Suchi 3-9-2019 02:55 PM
La dh ade anak igtkan baru kawen ari ahad aritu

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.052245 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top