Kita pernah dikejutkan pada suatu ketika dahulu apabila seorang kanak-kanak kecil mempunyai ilmu matematik luar biasa. Kalau anda terfikirkan Adi Putra, memang betullah jawapan itu. Bukan sahaja menggemparkan negara, bahkan namanya turut disebut-disebut sehingga ke luar negara.
Adi Putra yang berusia 20 tahun kini membuka kisah hidupnya. Loading FB Post...
Menurut Adi, walaupun baru berusia empat tahun ketika diperkenalkan subjek matematik oleh ibunya, dia tertarik dan seronok mempelajari subjek tersebut. Siap boleh mempertikaikan formula yang telah diguna pakai sejak sekian lama. "Masuk umur 6 tahun, Adi dah mula buat soalan sekolah menengah. Masuk darjah 1 dah tahu buat soalan universiti. Semuanya berlaku secara kebetulan. "Adi masuk Darjah 1 selama empat bulan sahaja. Lepas tu berhenti dan dapat tawaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Dari Perak, kami sekeluarga pindah ke Gombak. "Ramai yang mempertikaikan Adi tak masuk sekolah. Tak ada degree, master dan lain-lain. Tapi, pandangan mereka berubah dengan ilmu matematik yang Adi buat. Adi tunjuk pada mereka yang matematik Adi ini lain. Pergilah universiti mana pun, memang takkan jumpa macam yang Adi buat," ujarnya. Lelaki bijak itu juga menjelaskan bahawa dia ada menerima tawaran belajar ke luar negara daripada univeristi ternama semasa kecil. Tapi, terpaksa ditolak kerana dia masih kanak-kanak dan keluarganya tidak dibenarkan ikut bersama. Dah besar ya Adi ini. - CARI
|
ADVERTISEMENT