Filem Dendam Pontianak yang bakal ditayangkan membawkan pelakon dari Singapura iaitu Shenty Feziliana sebagai salah satu watak utama dalam filem tersebut. Antara barisan pelakon yang membintangi filem tersebut adalah Remy Ishak, Nur Fazura, Hisyam Hamid dan Namron.
Shenty yang membawa watak bernama Siti akan bergandingan dengan Remy Ishak dikatakan akan melakonkan beberapa babak intim bersama. Ketika ditemui MediaHiburan, Shenty pada awalnya berasa ragu-ragu apabila diminta melakonkan watak tersebut.
"Ketika pertama kali dapat skrip, saya mulanya agak terkejut dengan babak itu," "Saya memang agak risau dan terus berbincang dengan penerbit untuk mengetahui sejauh mana seriusnya babak ini," Beliau kemudian akur dengan keperluan melakonkan watak tersebut kerana ianya akan menjadi titik tolak kepada kebangkitan dendam pontianak yang dilakonkan oleh Fazura sebagai Mina.
"Pihak produksi juga memberitahu babak tersebut akan dilakukan dengan trik kamera," "Remy dan saya juga telah berbincang untuk menetapkan batas antara kami berdua. Sebelum ini kami seperti adik dan abang jadi tiada rasa kekok untuk melakonkan watak itu. Masing-masing melakukan tugas dengan profesional.," Berdebar menantikan tayangan filem tersebut dilancarkan, Shenty menambah dia akur dengan stigma masyarakat dan telah bersedia menerima kritikan penonton kelak. Namun begitu, Shenty meminta peminat di luar sana supaya memahami bahawa itu semua tuntutan kerja dan tanggungjawab beliau sebagai pelakon. "Semuanya hanyalah untuk menghidupkan jalan cerita," - ujarnya lagi.
Dendam Pontianak merupakan hasil karya dan merupakan filem arahan Glen Goei dan Gavin Yap yang mengisahkan suasana 60-an di mana sepasang suami isteri yang baru berkahwin telah dibelenggu dengan dendam pontianak. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada 12 September 2019. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|