CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Lasak Bergayut Habis Dekorasi Perkahwinan Roboh, Wedding Planner Rugi RM4,000

5-9-2019 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 1405| Komen: 4

Bayangkan jika majlis perkahwinan anda 'diserang' kanak-kanak sehingga merosakkan dekorasi, malah ada tiang yang tumbang.

Di manakah ibu bapa mereka ketika ini? Mengapa tidak memantau anak mereka yang lasak dan suka membuat onar? Mungkin inilah yang terlintas di fikiran ramai orang. 


"Mujurlah pada waktu kejadian pengantin sudah melalui kawasan itu dan sudah berada atas pelamin.

“Jika tidak, saya pun tidak tahu apa hendak dikatakan,” kata perancang perkahwinan, Fauzi Manan.

Kredit foto: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian di sebuah hotel dekat Kuala Lumpur itu, seorang kanak-kanak datang bergayut pada dekorasi di situ sehingga menyebabkan ia tumbang. 


Ia bukan sahaja merosakkan majlis malah menjadi tular ramai berkongsi gambar tersebut di laman sosial. 

“Dekorasi itu dipasang pada 13 Julai lalu dan lebih 10 pasangan pengantin serta 14,000 tetamu sudah melalui bahagian bawahnya.

“Pada hari terbabit, ia digunakan pasangan pengantin itu dan mereka bernasib baik kerana sudah melepasi dekorasi itu sebelum kejadian itu berlaku.

“Waktu itu, saya tidak berada di lokasi kerana bercuti sebelum dimaklumkan petugas kami,” katanya.

Dia bersyukur kerana kejadian itu tidak menyebabkan kemalangan atau kecederaan. 


“Saya bersyukur kerana kejadian itu tidak membabitkan kemalangan atau kecederaan.

“Kita tidak boleh menyalahkan tuan rumah, namun kita sebagai ibu bapa, perlulah menjaga anak jika hadir mana-mana majlis.

“Saya memuat naik gambar ini sekadar untuk menasihatkan ibu bapa supaya berhati-hati. Saya tidak kisah walaupun terpaksa menanggung kerugian RM4,000,” katanya. - CARI 
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Alin8810 8-9-2019 07:58 AM
Takutnyaa nak buat kenduri kahwin kalau ada budak buas camni
Quote salmon-suki 6-9-2019 09:53 PM
Ni laa makpak millennial..anak mcm beruk pun dorg bt derkkk jah asalkn perut dorg terisi..pastu anak hancurkn majlis org lain pn dorg apedehal..ni jugak laa makpak y duk sebok nak tegakkn benang basah ckp xyah jemput kalau xleh bwk anak2 dorg ke majlis..puihhhhhh
Quote salmon-suki 6-9-2019 09:10 PM
Ni laa makpak millennial..anak mcm beruk pun dorg bt derkkk jah asalkn perut dorg terisi..pastu anak hancurkn majlis org lain pn dorg apedehal..ni jugak laa makpak y duk sebok nak tegakkn benang basah ckp xyah jemput kalau xleh bwk anak2 dorg ke majlis..puihhhhhh
Quote Loloq89 6-9-2019 11:39 AM
mintak je ganti rugi dgn makpak dia..

xde alasan bdk2 lahh

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.041762 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top