Setiap negara semestinya mempunyai fakta menarik seperti adat resam dan budaya tersendiri menjadikan sesebuah negara itu unik. Dan yang pastinya, setiap negara juga mempunyai 'pantang larangnya'.
Anda perlu tahu antara beberapa pantang larang ini untuk menjadi tetamu yang bagus dan peka jika berada di negara berikut. Jom lihat, apa pantang larangnya seperti dikongsikan portal Brightside. 1. Rusia - Beri bunga dalam jumlah genap Manalah tahu anda nak mengorat sesiapa di Rusia. Pastikan jangan memberi bunga dalam jumlah genap kerana ia bererti anda mengharapkan seseorang itu meninggal dunia. Bunga dalam jumlah genap hanya diberikan ketika pemakaman. Banyak juga negara Eropah tidak memberi bunga dalam jumlah genap kerana ia dianggap tidak sesuai dan menjengkelkan. 2. China - Hubungan mata Janganlah bermain mata dengan orang di tanah besar China kerana ia dianggap tidak menghormati seseorang. Orang China hanya melakukan eye contact hanya jika sedang marah terhadap seseorang sahaja. 3. Norway - Gereja Elakkan bertanya penduduk tempatan jika mereka pergi ke gereja kerana hanya segelintir kecil saja mengunjungi gereja. Jadi, agak biadab kalau anda bertanya kepada mereka. 4. Jerman - Ucapan selamat hari lahir Orang Jerman percaya, mengucapkan selamat hari lahir lebih awal sebelum hari kejadian akan membawa nasib malang. Negara maju, tapi kuat kepercayaan karut juga mereka ya? 5. Amerika Syarikat - Jaywalking Berjalan kaki di jalan raya tanpa menghiraukan lalu lintas di AS adalah menyalahi di sisi undang-undang walaupun laluan benar-benar kosong! Jadi, gunakan lorong pejalan kaki sebaiknya kalau tak nak mengundang masalah. 6. Perancis - Etika meja makan Orang Perancis sangat bangga dengan masakan mereka. Jadi, jika anda hanya memesan satu jenis hidangan di mana-mana restoran di negara itu, ia seolah-olah satu penghinaan buat mereka. Malah, cef juga akan berasa terhina jika anda meninggalkan sisa makanan di atas pinggan. 7. Chile - Makan dengan tangan Ia sangat biadab menggunakan tangan untuk makan di hadapan khalayak walaupun makan kentang goreng! Selain itu, Chile sangat mementingkan etika di meja makan. Tangan hendaklah sentiasa berada di atas meja! 8. Brazil - Isyarat 'OK' Di Brazil, isyarat tangan OK sama maksudnya dengan memberi isyarat jari tengah. Ada lagi fakta menarik dari negara lain yang anda ingin kongsikan? - CARI
|
Boomibulat: Edited by Boomibulat at 5-9-2019 06:31 PM Info tambahan...9.Malaysia - MasjidElakkan bertanya penduduk tempatan jika mereka tidak pergi ke masjid k ...
matbad: 10. Jangan bunyikan hon di MalaysiaIni adalah dianggap biadap sbb hon digunakan untuk menegur org atau kawan yg kenal sahaja..jadi berhati hatilah jik ...
Boomibulat replied at 5-9-2019 10:28 AM
Info tambahan...
9.Malaysia - Masjid
Boomibulat: Edited by Boomibulat at 5-9-2019 06:31 PM Info tambahan...9.Malaysia - MasjidElakkan bertanya penduduk tempatan jika mereka tidak pergi ke masjid k ...
Boomibulat replied at 5-9-2019 06:28 PM
Info tambahan...
9.Malaysia - Masjid
ADVERTISEMENT