Baru-baru ini, Intan Najuwa menerusi Instagram peribadinya, memuat naik gambar bagi mempromosikan dramanya. Namun, netizen atau bawangrangers mula menegur tindakannya yang seolah-olah tidak menjaga batas pergaulan, tambahan pula beliau berstatus tunangan orang. Disebabkan bergambar dengan aksi yang dianggap agak kerlaluan, teruk Intan dikecam netizen. Teguran bersahaja netizen itu nampaknya berjaya menarik perhatian Intan yang kemudian tampil membalas komen itu. Tulis Intan, netizen sepatutnya tidak menyibuk hal dirinya dan menjaga pasangan masing-masing sahaja.
Menjawab komen netizen, Intan sempat juga menyelar mereka yang mengatakan beliau menggunakan duit tunangnya untuk berbelanja. Memetik laporan mStar, katanya hubungan dengan tunangnya tidak terjejas biarpun menerima kecaman teruk netizen di laman sosial ekoran foto tersebut. Tunang Intan, Razrul Anwar Rusli tidak mengambil serius mengenai perkara itu dan sentiasa berfikiran positif. Nampaknya, peminat yang lebih sudu dari kuah. Nak promosi drama dan kongsi dengan peminat dikecam pula. - CARI |
Grr1234 replied at 7-9-2019 01:31 PM
Hahaha dandan saya bukan hidup untuk kalian. Kalo retis awai2 tu selalu nya ayat depa tanpa peminat ...
ADVERTISEMENT