Pertandingan kelayakan Piala Dunia 2020 di Jakarta antara Indonesia dan Malaysia diwarnai kekecohan oleh penyokong oleh tuan rumah yang tidak berpuas hati dengan kekalahan 2-3 di tangan pelawat.
Perlawanan pertama Kumpulan G, Zon Asia itu terpaksa dihentikan pada minit 72 akibat perbuatan sekelompok penyokong Indonesia yang menyerang penyokong Malaysia. Antara perbuatan kasar penyokong tuan rumah berlaku termasuklah melempar bom asap, botol dan batu ke arah penyokong Malaysia menyebabkan salah seorang daripadanya terpaksa diusung keluar oleh pasukan kecemasan. Selain itu, penyokong Indonesia yang tidak berpuas hati juga mengeluarkan sorakan 'anjing'dan 'fu** you' kepada pihak lawan. Tidak cukup dengan itu, barisan Ultra Garuda juga membuat formasi tulisan gergasi 'Fu** You' di bahagian tempat duduk mereka. Formasi ini sempata dilihat oleh penonton langsung di stadium beberapa kali. Dua gol Indonesia disumbangkan oleh Alberto Beto Goncalves manakala gol-gol Malaysia disumbangkan oleh Mohamadou Sumareh (2 gol) dan Muhammad Syafiq Ahmad. Kekalahan Indonesia ini adalah yang ketiga dalam lapan pertemuan akhir antara dua negara. Di media social, ramai penyokong Malaysia menyeru pihak berkenaan supaya mengambil tindakan yang berat ke atas penyokong Indonesia, terutama sekali selepas salah seorang penyokong cedera akibat kelakuan ganas itu. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq juga telah memuatnaik status bahawa beliau akan mengambil tindakan yang sewajarnya atas insiden ini. Di kalangan peminat Indonesia pula, ramai yang menyifatkan tindakan sebilangan penyokong mereka di dalam stadium memalukan. 'Kenapa kalau kalah diserang team tetamu? Kita kalah kerana PPSI bukannya tamu, kalau macam ini lupakan sahaja Piala Dunia' kata salah seorang netizen Indonesia. 'Selayaknya kita kalah kalau penyokong pun macam ini' tambah seorang lagi. Yang pasti, ini bukanlah kali pertama keganasan berlaku disebabkan penyokong Indonesia. Sudah sampai masanya tindakan tegas daripada FIFA dan Asian Football Confederation untuk menjamin keselamatan penyokong Malaysia yang sanggup datang dari jauh untuk menonton secara langsung. - CARI |
Dua gol Indonesia disumbangkan oleh Alberto Beto Goncalves
RatuDunia94 replied at 6-9-2019 01:08 PM
Ingatkan Malaysia lawan Argentina..
kualibesi replied at 6-9-2019 02:05 PM
negara kelas 3, begituu laaaa cita nyaaaaaaa. tunggu sat g depa dtg bukit jalili.
Crystars replied at 6-9-2019 03:04 PM
Yg dtg sini player indon je....penyokong depa yg dtg stadium nti dh lama kumpul harta kt msia
Chairman replied at 6-9-2019 02:46 PM
harapnya ultras malaya dan penyokong dpt bersatu hati n tak perlu la nak balas perbuatan penyokong i ...
ADVERTISEMENT