CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Pakai Barangan Tiruan Dikira Mencuri, Tetap Berdosa' - PU Razi

6-9-2019 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6683| Komen: 40

Pencetus Ummah (PU), Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanapi menegaskan pemakaian barangan tiruan dikira sebagai mencuri dan berdosa hukumnya jika seseorang melakukannya dalam keadaan sedar.

Bagaimanapun, Mohd Fakhrurrazi atau lebih dikenali sebagai PU Razi menjelaskan solat atau ibadat lain masih sah sekiranya menggunakan barangan tiruan.


"Berhubung ibadatnya diterima atau tidak, itu adalah urusan Allah SWT,” katanya seperti dipetik Harian Metro.


Gambar Hiasan
Foto: Deenamik

PU Razi memetik satu hadis di mana Nabi SAW menyebut 'orang yang berbohong bukan daripada kalangan umatku’.

Katanya, individu yang tidak menyedari telekung digunakannya ketika solat adalah hasil tiruan, maka ibadatnya masih sah sekiranya menepati rukun dan syarat sah.

“Hal itu ada dinyatakan oleh Nabi SAW, ‘ada tiga perkara yang diangkat dosanya iaitu orang tidur yang tidak sedar, gila dan orang yang tidak tahu,” katanya.


PU Razi dipercayai berkata demikian bagi mengulas mengenai lambakan telekung palsu atau tiruan dalam pasaran.



Antara laman web menjual telekung Siti Khadijah palsu di pasaran
Foto: Harian Metro

Jelasnya, seseorang itu dianggap bersubahat dengan si penipu sekiranya masih membeli barang tiruan meskipun sudah mengetahuinya.

“Sehubungan itu, apa yang perlu dilakukan pengguna adalah memboikot serta tidak lagi membeli barang tiruan.

“Sekiranya ada yang sudah terbeli, maka dia perlu terus menghentikan daripada menggunakan barang tiruan berkenaan seterusnya bertaubat.

“Sebagai pengguna, jika ada yang terus menggunakan barang seperti itu, dia seumpama menggalakkan perbuatan berkenaan,” katanya.

Katanya, pengguna tetap berdosa jika sengaja membeli dan mengguna produk tiruan walaupun bukan atas faktor dengki terhadap pengeluar. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 6-9-2019 12:58 PM
Aku pakai telekung harga rm15 beli kat kakak grab yg jual tudung kat market jitra..

Tudung siti khadijah ni aku rasa mahai.. Tp aku beli hadiah kat makcik aku.. Aku pakai murah sudah.. Sesuai dgn aku yg sekadar hamba
Quote Teru2Bozu 6-9-2019 01:08 PM
i pakai selipar flipper fake untuk masuk jamban. berdosanya i olls..
Quote aechae 6-9-2019 01:10 PM
Teru2Bozu replied at 6-9-2019 01:08 PM
i pakai selipar flipper fake untuk masuk jamban. berdosanya i olls..

Fipper fake brapa hrga? Klu ipanema yg mahal tu logik lh ada fake hrga sepasng bodo2 rm99
Quote Teru2Bozu 6-9-2019 01:13 PM
aechae replied at 6-9-2019 05:10 AM
Fipper fake brapa hrga? Klu ipanema yg mahal tu logik lh ada fake hrga sepasng bodo2 rm99

beli kat pasar malam. sploh hengget. beli dua jatuh 8 hengget.
Quote tukul 6-9-2019 01:14 PM
sarah82 replied at 6-9-2019 12:58 PM
Aku pakai telekung harga rm15 beli kat kakak grab yg jual tudung kat market jitra..

Tudung siti  ...

I plg x suka org beli telekung sk tapi beli yg vietnam...tudung bokita...bokita vietnam...kalu beli yg x jenama Vietnam xhal sgt....mmg i basuh kawan2...tapi kwn2 biasa lah jenis degil...
Mcm u beli x jenama ok je
Quote sarah82 6-9-2019 01:16 PM
tukul replied at 6-9-2019 01:14 PM
I plg x suka org beli telekung sk tapi beli yg vietnam...tudung bokita...bokita vietnam...kalu bel ...

Pernah cuba sk makcik.. Tak Best.. So stick pada telekung murah.. Tudung pulak.. I pakai shawl rm15.hahahahaha..
Quote CiliPadiSedap 6-9-2019 02:01 PM
tudung i hadiahkan sis vokuru tudung saji tiruan .
Quote kucingitam 6-9-2019 02:12 PM
setuju je dgn PU tersebut...
Quote kualibesi 6-9-2019 02:27 PM
aechae replied at 6-9-2019 01:10 PM
Fipper fake brapa hrga? Klu ipanema yg mahal tu logik lh ada fake hrga sepasng bodo2 rm99

ipanema ada murah weyhh, tengah ad sale dekat royal sport house. ad yg blh dpt RM15 ja. ahhaha
Quote kualibesi 6-9-2019 02:28 PM
berjauh hati dengan bokitta, kau beli mahal2, vietnam tiru jakkk. pastu pakai xbest. solution nya stop aje laaaaaa.
Quote Kurex 6-9-2019 02:36 PM
Dah google dah pu razi, sumpah aku ingat doa dari raja lawak punya org
Quote crazybeach 6-9-2019 02:39 PM
telekung harmoni tpo tu tiruan ke nok? yang jual2 kat pasar malam tu pun tiruan jua kah? bukan ke branding dengan design semua tu dah memang completely lain. pembeli pun sedia maklum produk tu stand as its own label bukannya guna deception jual as famous brand tapi sebenarnya imitation knockoff jah. so celah mana timbul isu tiruan nya?

yang issue tiruan nih banyak involve retis2 kan nok beli bag lv bagai kononnya tapi gred aaa jah. ha yang ni tiruan lah sebab guna label design lv tapi material fake
Quote awanysss 6-9-2019 02:41 PM
aku rasa yg berdosa tu utk org2 yg miskin tp nak belagak kaya.. janji ade brand even fake
kalau makcik2 yg tak tahu ape2 just main beli je tak berdosa kot.. takde niat nak meriak guna barang fake..
pokok pangkalnya niat di hati.. gitchuuu
Quote orgsepang 6-9-2019 02:50 PM
Telekung ni akak tengok sama saja sejak dulu2 lagi. Apa hukum orang yang guna reka bentuk yang sama cuma ubah suai sikit2 mengaku ciptaan dia dan jual mahal? Akak memang tak akan beli yang mahal. Allah mahu kita bersederhana sahaja.
Quote gideoncross 6-9-2019 02:52 PM
Banyak kali dh pkai brg2 fake ni sbab xmampu beli yg original.
Quote sfrnna 6-9-2019 03:06 PM
Kena forward kat Che ta sbb bukan dia pun pakai handbeg chanel tiruan kaaa
Quote Gomea 6-9-2019 03:37 PM
Penah teman adik beli telung sk. Mak oiii, mahai benau. Siap kotak dgn beg pon harga lain2.
Quote aechae 6-9-2019 03:58 PM
kualibesi replied at 6-9-2019 02:27 PM
ipanema ada murah weyhh, tengah ad sale dekat royal sport house. ad yg blh dpt RM15 ja. ahhaha

Murah sgt tu lg murah dr fipper ori...soalan nya ye ke ori punya?
Quote clarizsa 6-9-2019 04:03 PM
Telekung beli pasar malam punya pun ok
Ntah apa beza

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.049813 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top