Angkara buli, kanak-kanak berusia lapan tahun kini kritikal akibat mengalami 35 peratus luka lecuran pada tubuh selepas dibakar pembuli. Menurut The Sun, Kyrylo Yatsun bermain berhampiran blok apartmentnya di Dnipro, Ukraine sebelum diserang pembuli di kawasan itu yang hanya beberapa tahun lebih tua daripadanya. Menurut laporan media tempatan, kumpulan pembuli itu menyimbah petrol pada baju mangsa sebelum menyalakan pemetik api dan membakarnya. Pakaian Kyrylo disambar api serta-merta dan kanak-kanak itu dikatakan rebah ke tanah menggelupur kesakitan, manakala suspek hanya mentertawakannya sebelum melarikan diri.
Beberapa saksi di lokasi bergegas memberi bantuan dan berjaya menanggalkan bajunya yang terbakar sebelum menghubungi ambulans. Mangsa yang kritikal dikejarkan ke unit rawatan rapi dan menjalani beberapa pembedahan di mana doktor terpaksa membuang kulit rosak di kepala, tangan dan punggungnya. Ibu Kyrylo, Eugenia Yatsun berkata, ketika kejadian dia sedang makan tengah hari di rumah apabila beberapa kanak-kanak berlari mendapatkannya dan memaklumkan mengenai anaknya itu. Katanya, Kyrylo diperlakukan sedemikian tanpa sebarang sebab. "Mereka bukan kanak-kanak, sebaliknya raksasa," katanya. Sementara itu, jurucakap polis Anna Starchevskaya berkata, pihaknya giat menyiasat kejadian dan penyerang yang sudah dikenal pasti kini disoal siasat polis. Difahamkan, kesemua suspek akan ditempatkan di pusat pemulihan jika didapati bersalah. - CARI
|
Boomibulat: Ganasnya org rusia dan ukraina
Boomibulat replied at 6-9-2019 05:48 PM
Ganasnya org rusia dan ukraina
ADVERTISEMENT