Setiap manusia pasti pernah menghadapi masalah dan cabaran berbeza dalam hidup. Boleh jadi di usia muda dan juga di usia tua. Tak disangkal lagi memang memerlukan kekuatan jiwa dan mental untuk menghadapi setiap masalah.
Baru-baru ini, personaliti televisyen Fedtri Yahya berkongsi mengenai seorang wanita dikenali sebagai Puan Misnah, 60, tahun berasal dari Labuan yang masih bekerja keras sebagai pemandu Grab untuk mencari nafkah bagi menyara suami yang menghidap kanser usus dan anak sulung orang kurang upaya (OKU). Kisah makcik ini dikongsikan Fedtri di Facebook yang kebetulan menjadi penumpang Grab Puan Misnah sewaktu dia ada urusan kerja di Labuan. Individu luar biasa seperti Puan Misnah harus dipuji dan perlu diberi bantuan di kala dia membuktikan kepada masyarakat mengenai kemampuan manusia apabila berdepan dengan masalah sepertinya. "Kepada sesiapa yang akan ke Labuan atau yang tinggal di sana, jika anda salah seorang penumpang Puan Misnah, berilah sedikit sumbangan kepada makcik ini selain dari duit tambang perjalanan. Sedikit sebanyak dapat membantu," tulisnya. Loading FB Post... Semoga segalanya dipermudahkan buat makcik berjiwa kental ini. - CARI
|
ADVERTISEMENT