CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kembar 7G Kembali Viral, Kini Ada Produk Sendiri. Sejak Bila Jadi 'Chemist' Ni?

10-9-2019 10:04 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 16732| Komen: 155|Original author: Shimmer Shine






Masih ingat kisah 7G 1E sepasang kembar Insta Famous yang viral tahun lalu? Ya, keputusan peperiksaan mereka yang teruk itu didakwa adalah salah guru-guru hingga menggegarkan Malaysia dan dijadikan parodi.

Biarpun telah meminta maaf, Ieka dan Iera Tajudin, 18 nampaknya tidak serik. Kini mereka kembali dengan kisah yang juga hangat. Mereka menjadi tauke kosmetik lalu menjelaskan ianya bukan produk timbang kilo atau dari China dan Thailand, sebaliknya jenama dari kilang bertauliah. Hal ini membangkitkan kemarahan warganet yang berpendapat pasangan kembar tersebut cuba menipu pengguna dengan produk yang entah apa-apa.

Kredit foto: Twitter

Mungkin bukan isu timbang kilo yang lebih diperkatakan tetapi lebih kepada kajian dan pembangunan (R&D) serta proses makmal. Sekarang ramai yang mahu menjadi pakar kimia sendiri dengan mencampurkan pelbagai bahan tetapi apabila ditanya, semuanya tidak tahu. Hanya bijak menjual sahaja.


Malahan, cara pemasaran mereka turut dikritik kerana menggunakan wang tunai yang ditabur atas meja untuk mempengaruhi orang ramai menjadi ejen mereka. Kerana terlalu mahu cepat kaya, mereka sanggup menipu dan mengaut keuntungan yang berganda-ganda daripada pengguna.


Warganet juga membongkar modus operandi golongan seperti ini yang membeli dengan harga murah (tetapi kuantiti banyak) lalu menjual dengan harga mahal supaya kaya cepat. Malahan ramai yang sudah dipujuk untuk menjadi ejen dengan mendapat sampel percuma. Tetapi menolak tawaran tersebut kerana produk yang sangat tidak berkualiti.

Kredit foto: Twitter

Bagaimanapun tidak semua yang memarahi pasangan kembar ini, ada yang menyokong pembabitan mereka dalam bidang perniagaan lalu memarahi golongan yang dengki ini.

Mentaliti sebeginilah yang menyebabkan lebih banyak produk tempatan muncul kerana adanya pembeli. Maksud penyokong mereka ialah lebih baik meniaga dengan cara menjual lebih mahal tetapi produk tidak berkualiti. Ianya lebih baik daripada berpendidikan tinggi tetapi akhirnya tidak bekerja.

Jadi, siapa yang nak cuba produk kembar ini? - CARI 

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nia_salina 10-9-2019 10:14 AM
org bodo je pg beli. baik beli maybeline ke lg murah n sah2 dijual kt drugstore
Quote kaseh80 10-9-2019 10:21 AM
La asyek kena tipu hidup hidup netizen

Jgn percaya semua ni produk sampah

Quote AbukRokok 10-9-2019 10:26 AM
jenama sendiri?
maknanya formula sama akan ada pada 7- 20 produk dan kompeni yg lain
Quote Kurex 10-9-2019 10:35 AM
Tak faham jenis berhusnozon macam yg komen dekat twitter tu..
Quote Meiizu 10-9-2019 10:37 AM
7G ??? ingatkan internet data?
dik hang ni memang laaa doube bodo..awart laaa pi announce lagi sekali.orang lupa boleh ingat , orang taktau jadi tau
Quote Cable 10-9-2019 10:40 AM
aslkn minah dua ekor ni x kata aurora tu graviti mcm kapir bongok sekor tu yg dok lebong kata krja kt london xpe je
Quote Fleur81 10-9-2019 10:48 AM
Tak berani aku pakai produk gini..mahal lak tu baik beli kat drugstore je
Quote MelahJanda 10-9-2019 10:48 AM
sokongan peniaga muslim dikkk #bmf
Quote kurga 10-9-2019 10:49 AM
Meiizu replied at 10-9-2019 10:37 AM
7G ??? ingatkan internet data?
dik hang ni memang laaa doube bodo..awart laaa pi announce lagi seka ...

aku plak baca ingat kembar 7 org... rupanya G tu gred gagal dorang...
Quote Cpkay 10-9-2019 10:50 AM
menggelupas lah bibir kalau pakai nanti dik non. akak tak berani.
Quote isseliparjepun 10-9-2019 10:51 AM
Berita mudahnya..ada rupa senang buat duit ye dak. Education and knowledge comes the last la kot. Both pun cantik pada pandangan aku. So ramai la followernya. Tapi harap harapnya tiada la yang terpengaruh. Berniaga tu bagus. Tapi perlu ada ilmu, dik. Kalau barangan memberi mudharat pada pengguna macam mana nak dapat berkatnya.
Quote palmolive 10-9-2019 10:54 AM
baru semalam tgk filem Orang Kampung Otak Kimia
Quote Meiizu 10-9-2019 10:57 AM
confident ehhh jual lebih dari watson...sapelahhh vodo beli?
Quote dua_chzy 10-9-2019 10:58 AM
Yang ni, akak takkan BMF la. Sorry. Akak sah2 akan dahulukan produk kepir overseas huntok produk lawakan muka.
Quote saviour_09 10-9-2019 11:01 AM
bodoh

seller & buyer sama bodoh

bodoh
Quote Betara_Indera 10-9-2019 11:08 AM
Meiizu replied at 10-9-2019 10:37 AM
7G ??? ingatkan internet data?
dik hang ni memang laaa doube bodo..awart laaa pi announce lagi seka ...

samelah.. aku pun ingatkn coverage telefon tadi..

Quote meow_tompok 10-9-2019 11:10 AM
yg puji kembar dlm komen tu, silalah beli produk2 cekik darah ni sorang2.
Quote matchstick 10-9-2019 11:14 AM
Yg beli produk diorg ni bukan kategori bodoh dh, dh kira retard kot.. Sbb bodoh tu si kembar ni dh borong.
Quote Atata 10-9-2019 11:14 AM
Mak pak dia yg layan sgt ni, ikut sama bodo ngan anak

Lihat semua komen(155)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.268832 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top