Terkejut 'beruk' semua orang bila melihat gambar Nazim Othman bersolek! Mulalah masing-masing berpandangan serong, mendakwa Nazim ni sebenarnya memang dari dulu lagi menyimpan hasrat nak menjadi wanita.
Senang cerita, nak jadi pondan! Buktinya sekarang dah berani pula muat naik gambar sebegini di Instagram. Sudahlah sebelum ini memang dituduh tak 'straight'! Bagaimanapun, sebenarnya pelakon ini mempunyai alasan tersendiri.
“Saya bukan suka-suka bersolek seperti wanita. Orang mengenali saya sebagai pelakon. Jadi, sebagai pelakon, saya terbuka untuk apa saja watak selagi tak jatuh syirik,” katanya kepada Harian Metro. Tambahnya, itu adalah uji bakat bagi sebuah projek yang memaparkan kisah seorang mak nyah.
“Video dan gambar itu diambil ketika saya menghadiri satu sesi uji bakat untuk sebuah projek drama untuk tayangan iflix. Cerita itu bakal mengetengahkan tema ‘paper doll’. Masih terlalu awal untuk saya memberi butiran lanjut tapi saya sangat teruja untuk sesuatu yang baru. “Ia bukan watak wanita, tetapi mak nyah yang hidup dengan dua identiti berbeza apabila berada di Kuala Lumpur dan di kampung. “Saya tak mahu dikenali sebagai pelakon stereotaip yang cuma mampu membawa sesetengah watak saja,” tambahnya. Salah sangka sahajalah ni? Nasib baik! - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|