Ketua sindiket dadah ditahan polis ketika mahu menunaikan umrah! Memetik laporan Harian Metro, suspek yang berusia 37 tahun itu merupakan ketua sindiket dadah di Kelantan ditahan polis di KLIA, Sepang, Khamis lalu.
Dia ditahan susulan rampasan 700,000 pil kuda di Jalan Lubuk Kiat-Kubang Kuau, Pasir Mas pada hari sama. Dalam satu operasi Ops Toucan yang dijalankan dengan kerjasama polis Kontinjen Kelantan itu, pihak polis turut menahan tiga lelaki berusia 19 tahun sehingga 53 tahun di Pasir Mas, jam 12 tengah hari. “Pemeriksaan lanjut menemui 700,000 pil kuda seberat 77.61 kilogram bernilai RM10.5 juta yang baru diambil dari negara jiran.
“Dua jam kemudian, kita menahan seorang lelaki yang juga ketua sindiket terbabit di KLIA untuk siasatan lanjut pada hari sama. “Selepas itu, kita menahan seorang wanita berusia 48 tahun di sebuah rumah Jalan Yaakubiah di Kota Bharu, jam 5 petang,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman kepada Harian Metro. Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, sindiket itu dipercayai aktif sejak setahun lalu dengan menggunakan modus operandi mendapatkan bekalan dari negara jiran. “Suspek wanita adalah pengurup wang tanpa lesen dipercayai berperanan menguruskan aliran wang sindiket berkenaan,” katanya lagi. Semua suspek kini direman untuk siasatan lanjut. - CARI
|
RatuDunia94 replied at 10-9-2019 05:21 PM
Pergi umrah guna duit bisnes dobi... {:smile{:smile{:smile
ADVERTISEMENT