Siapa tak ingat kisah Yusri dan Erra suatu ketika dahulu di mana perkahwinan mereka pernah diangkat sebagai 'Wedding of the Year' kerana kemeriahannya. Bahkan, rakyat Malaysia turut menyambut hari gembira itu kerana seronok melihat pasangan yang mula-mula bercinta dalam filem, benar-benar berpasangan dalam realiti.
Pun begitu, panas tidak sampai ke petang apabila mereka mengumumkan perpisahan dan membawa haluan masing-masing. Selepas itu, Erra berkahwin dengan Engku Emran dan dikurniakan anak perempuan bernama Engku Aleesya, tetapi hubungan mereka juga terputus sekerat jalan. Manakala, Yusri berkahwin dengan Lisa Surihani dan dikurniakan dua cahaya mata. Tapi, tak sangka selepas hampir 13 tahun tidak digandingkan bersama, baru-baru ini mereka berdua bertemu kembali dalam satu pentas yang sama iaitu All Stars Buka Panggung (ASBP).
Yang seronoknya apabila Yusry merupakan peserta, manakala Erra Fazira pula adalah juri utama. Walau bagaimanapun masing-masing bersikap profesional dan tidak mencampuradukkan hal peribadi dengan kerja. Bagi Yusry, pertemuan bersama bekas isterinya adalah disebabkan tuntutan kerja dan tidak perlu dijadikan isu. Erra juga menyambut baik kehadiran Yusry dalam rancangan tersebut dan sudah dapat menebak bahawa mereka akan tetap bertemu pada suatu masa memandangkan kedua-duanya berada dalam industri yang sama. Para netizen tak terlepas mengimbau kenangan zaman mereka mula-mula bercinta iaitu semasa filem 'Kuliah Cinta' dan 'Mr Cinderella'. Nostalgia betul! |
kucingitam replied at 12-9-2019 03:16 AM
buatla yusry, awie dan hans isaac jadi peserta...haa gitu..
shahir? takyah la..semak je..
Teru2Bozu replied at 12-9-2019 11:19 AM
jangan tertinggal yengku yemran.. hahaha..
virgo19 replied at 12-9-2019 11:37 AM
Yusry ni sangat jaga hati lisa kan, komen dia pun simple dan straight je. Ingat lagi masa yusry dan ...
virgo19 replied at 12-9-2019 11:37 AM
Yusry ni sangat jaga hati lisa kan, komen dia pun simple dan straight je. Ingat lagi masa yusry dan ...
ADVERTISEMENT