Seorang wanita yang dikatakan merupakan asnaf ditahan kerana didapati mencuri pelbagai barangan termasuk ayam di sebuah pasar raya di Seri Iskandar semalam.
Harian Metro melaporkan wanita berusia 31 tahun itu sedang dalam proses bercerai dan mempunyai anak kecil ditahan pengawal keselamatan pasar raya itu bersama barangan yang dicuri bernilai kira-kira RM80. "Barang curi yang ditemui dan dirampas semula adalah satu bungkusan pek isian semula krim mandian, satu bekas serbuk lada hitam, krim muka, dua bungkus ayam BBQ dan satu paket kiub tulang ayam. “Pemeriksaan mendapati wanita terbabit tiada rekod jenayah lampau serta dalam proses perceraian bersama suami yang berusia 35 tahun,” kata Ketua Polis Daerah Perak Tengah.
Superintendan Barudin Wariso juga berkata siasatan sudah pun dijalankan dan wanita itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Parit hari ini. “Difahamkan sudah banyak kali kejadian seumpama ini (kecurian) berlaku di pasar raya berkenaan. “Hari ni pun saya sudah arahkan anggota saya ke rumah wanita terbabit untuk buat lawatan atas dasar kebajikan," katanya lagi. - CARI
|
matchstick replied at 11-9-2019 12:13 PM
xde pulak dia curi susu anak..ke sebelum ni dh penah curi
tapi krim muka xlupa beli.
Asdan replied at 11-9-2019 05:15 AM
aku dah kata, jangan makan daging
singajantan replied at 11-9-2019 05:15 AM
masjid kena proaktif
duit sumbangan x perlu lah beli aircond banyak ...kipas kecil ada kipas geda ...
ADVERTISEMENT