"Saya tak kacau suami atau teman lelaki orang, jadi saya harap orang lain pun tak kacau teman lelaki saya." Pelakon Ruhainies berkata demikian kepada mStar Online ketika mengulas mengenai teman lelakinya yang sering dihampiri dan digoda wanita miang.
"Kalau sebelum didedahkan wajahnya pun dah kena kacau, lagilah apabila sudah didedahkan (wajahnya)," ujarnya. Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 27, berkata dia dan kekasihnya, Mr E atau Elf Johan tidak pernah bertekak mengenai isu itu. Malah, mereka saling mempercayai antara satu sama lain.
|
ADVERTISEMENT