Baru sahaja dilancarkan di laman Youtube minggu lalu, lagu Belenggu Rindu nyanyian penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita sudah pun menjadi siulan ramai.
Buktinya lagu itu sudah pun melepasi 1 juta tontonan hanya dalam masa singkat sahaja. Ramai yang memuji gandingan mantap ini selain melodinya yang juga berbunyi 'mahal'. Namun begitu, ada juga pihak yang menyamakan lagu Belenggu Rindu dengan lagu popular Anta Permana dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza. Alamak, siapa tiru siapa ni? Jamal nampaknya tidak cepat melatah dan menganggap perkara itu pasti berlaku kerana kedua-dua lagu itu mendapat sentuhan komposer Hael Husaini dan Ezra Kong.
“Bila komposer yang sama buat lagu, kita tidak dapat lari jika ‘moodnya’ juga sama bila dia buat lagu untuk penyanyi lain. “Contohnya, lagu dendangan saya yang juga ciptaan Datuk Dr Ahmad Nawab dulu pun orang dakwa memiliki persamaan bila beliau mencipta lagu untuk penyanyi lain. “Sebagai penyanyi, saya hanya serahkan kepada sentuhan komposer yang buat lagu itu,” katanya kepada Harian Metro. Berikut pula antara komen di laman Youtube. Memang nampaknya mereka sudah jatuh cinta habis dengan Datuk Jamal dan Wany! Apa pula pendapat anda? Dapatkah Belenggu Rindu menyamai kehebatan lagu Anta Permana? - CARI |
wordlife replied at 12-9-2019 05:23 PM
sampling Hajat tu mmg jelas kedengaran
Anta Permana tak pasti yang mana, boleh someone point out ka ...
danieladam replied at 12-9-2019 05:57 PM
Sori, iols x dgr lagu Wany Barista terlalu memuja belenggu rindu ni. Bukan standard iols...so x da ...
Kurex replied at 12-9-2019 04:44 PM
Tak terdetik nak dengar
barfi replied at 12-9-2019 07:22 PM
Hael husanini & ezra kong
Faizal tahir
Eddie hamid
ADVERTISEMENT