Walaupun bukti satelit menunjukkan banyak titik panas dikesan di Sumatera, Papua dan Kalimantan namun Siti Nurbaya, Menteri Lindungan Hidup dan Kehutanan Indonesia masih menafikan kebakaran hutan di negara tersebut sebagai punca jerebu di negara jiran Singapura dan Malaysia.
Menurut Harian Metro, Siti Nurbaya menegaskan kebakaran hutan di negara itu bukan punca jerebu di negara jiran kerana tidak ada lagi asap rentas sempadan yang dikesan oleh Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), katanya. Dipetik dari Antara News, Siti Nurbaya mengatakan hanya 1,278 titik panas dikesan minggu ini, menurun berbanding Rabu lalu. Manakala, jurucakap BNPB, Agus Wibowo pula berkata, mereka mengesan banyak titik panas di sempadan Sarawak, Malaysia.
'Kemungkinan jerebu negara jiran datang dari kebakaran di sempadan Sarawak, Malaysia,' katanya, menyokong penafian menteri negara jiran itu. Data satelit bagaimanapun menunjukkan sebanyak 247 titik panas masih dikesan di Kalimantan, 48 di Papua dan 22 di Sumatera Selatan. Kejadian itu menyebabkan sebanyak 275 buah sekolah di lima daerah di negeri Sarawak terpaksa ditutup minggu ini selepas Indeks Pencemaran udara (IPU) mencapai tahap tidak sihat. Mungkin ada sesiapa yang boleh mengajar Ibu Menteri untuk melihat data satelit supaya beliau lebih jelas akan keadaan sebenar? - CARI
|
kualibesi replied at 12-9-2019 11:05 AM
XDE KE INDON NK CLAIM JEREBU NIE? KEMAIN SEMUA BENDA DEPA NK CLAIM
lkick2113 replied at 12-9-2019 10:09 AM
Indon ni bodoh dia lain sikit....dulu kata indon supplier terbesar oksigen....
duri_durians replied at 12-9-2019 01:43 PM
aku masih takleh terima dorang mengamuk soal lumpia atau di malaysia dikenali sebagai popia.
seda ...
ADVERTISEMENT