Seorang pengguna Facebook, Huzairul Fize Logy nekad menularkan pengusaha syarikat katering yang telah menipunya hingga dapat! RM4,600 bukan jumlah yang sedikit. Wang itu dibayarnya untuk majlis akikah anaknya yang sepatutnya berlangsung Ahad lalu.
Lebih menyakitkan hati, pelbagai alasan digunakan individu terbabit untuk melepaskan diri termasuk mendakwa ditangkap polis. Namun, apabila temberangnya dihidu Huzairul, barulah merayu untuk cuba meyakinkan bahawa dirinya tidak bersalah. "Majlis abang saya akan buat, hari ini ada orang akan datang untuk pasang khemah. "Saya tak bersalah jika saya buat majlis ni kan?" katanya. Siap putar belit auta menyuruh Huzairul mencari peguam untuk mendakwanya! Bagaimanapun, Huzairul menegaskan dia mahu menghentikan segala urusan dengan syarikat katering itu, sebaliknya mahu wangnya dipulangkan. Huzairul juga sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Ramai yang bersimpati dengan nasib Huzairul dan mendakwa ramai lagi pihak yang pernah ditipu syarikat sama. Lebih mengharukan, hutang dobi pun tak boleh nak bayar! Siapa kenal atau nampak dia ni, bolehlah tolong cekup. - CARI
|
kualibesi replied at 12-9-2019 05:07 AM
tp knp bace conversation, mak dieee yg byar aqiqah? aahhaha maafkan sy
kookie92 replied at 12-9-2019 03:34 PM
aku pon baca macam tu..biasalah tu .. nenek2 ni sanggup perabis demi cucu
kualibesi: tpi mcm memintak tu. ehheheheh. xpela husnuzon je laa. sbb kalau bg iolls, xsmpi hti mntk duit mak bapak,, guna duit sndiri, rewang xde buai berendoi ...
Betara_Indera: bnyk pulak duit nak dakwe org? ko ingat lawyer nak jalan keje gune air liur?
RatuDunia94 replied at 12-9-2019 08:22 PM
In the first place deols hire catering x selidik latar belakang ke?
nia_salina replied at 13-9-2019 12:27 AM
dia ni rasanya mesti dh biasa menipu tp kali ni dia mess wit the wrong person yg jenis siap kau aku ...
ADVERTISEMENT