Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi mampukah 10 orang anak menjaga seorang ibu? Seorang netizen dari negeri seberang telah berkongsikan sebuah video sedih yang menunjukkan seorang ibu tua dari Kota Jamber di Jawa Timur datang ke Bali untuk bertemu dengan anak-anaknya kerana rindu setelah lama tidak berjumpa, malangnya setibanya di rumah mereka, wanita itu malahan diusir dan tidak diakui sebagai ibu mereka. Menurut Yuni Rusmini, beliau menemui ibu tua itu sedang menangis di tepi jalan berdekatan gerai. 'Dia datang dari jauh, Kota Jamber ke Bali untuk berjumpa anak-anaknya yang dirindui kerana lama tidak balik kampung, tetapi malahan diusir dan tidak diakui ibu mereka' tulis Yuni.
Menurutnya lagi, ibu tua itu turut membawa bersamanya keropok kegemaran anak-anaknya sebagai buah tangan tetapi disambut dengan kurang ajar oleh anak-anaknya. 'Dia tidak mahu apa-apa dari anak-anaknya, hanya mahu berjumpa kerana rindukan mereka' tambah Yuni lagi. Nasib baik ibu tua itu menemui beberapa orang penjual di gerai itu yang cuba menghiburkan hatinya. Kini ibu tua itu dikatakan akan meneruskan perjalanannya kembali ke Kota Jamber. Perkongsian Yuni menarik ribuan komen netizen yang mengecam tindakan anak-anak kepada wanita tersebut. 'Saya tidak tega menonton video ini, semoga umurnya panjang dan anak-anaknya sempat insaf' kata seorang netizen. Semoga secebis kisah masyarakat ini menjadi tauladan kepada kita semua.-CARI
|
ctaz replied at 16-9-2019 05:39 AM
ini kalau ada setengah2 forumer....
akan ckp...kita perlu dgr crita sebenar dari anak2 dia dulu...
...
MadameOnion replied at 16-9-2019 11:16 AM
Malin kundang
sfrnna: i kalau baca cerita macam ni lebih suka dengar dua2 belah pihak sebab selalunya nenek/makcik/tok tua2 gini ada yang buat cerita x betul padahal orang ...
sfrnna: i kalau baca cerita macam ni lebih suka dengar dua2 belah pihak sebab selalunya nenek/makcik/tok tua2 gini ada yang buat cerita x betul padahal orang ...
ctaz replied at 16-9-2019 01:39 PM
ini kalau ada setengah2 forumer....
akan ckp...kita perlu dgr crita sebenar dari anak2 dia dulu...
...
Pikapikachu replied at 16-9-2019 02:21 PM
True. Happened to my family juga. Letih nak explain dekat sedara mara..{:dot{:dot{:dot
ADVERTISEMENT