Meskipun disenangi kebanyakan warga netizen, ternyata Raja Permaisuri Agong tidak terlepas daripada unsur negatif sesetengah individu tidak bertanggungjawab.
Tweet yang dihasilkan pengguna Twitter @frdasrf baru-baru ini, ternyata mengandungi unsur tidak senang dengan keberadaan DYMM Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sosial tersebut.
Lebih mendukacitakan, tweet pemuda tersebut menerima beberapa respons yang bersetuju dengan pendapat negatif tersebut, sekaligus tidak menghormati darjat kebesaran Raja Permaisuri Agong. Akaun Twitter RPA terus dinyahaktif tidak lama selepas tweet tersebut tular, menyebabkan warganet berasa kesal dan tidak berpuas hati terhadap pemuda tersebut. Tweet itu kemudian menjadi tular dalam masa singkat, menyebabkan @frdsasrf dikecam hebat oleh warganet bukan saja di Twitter, malah di media sosial lain. Tweet berkenaan turut mendapat perhatian segelintir selebriti yang turut mengeji perbuatan negatif ini. Sehubungan itu, pemuda yang memulakan kekacauan ini akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Twitter petang semalam atas. Dia turut menyatakan kekesalan di atas sikap biadap terhadap DYMM Raja Permaisuri Agong. Perkara ini seharusnya dijadikan iktibar kepada semua warganet agar tidak menyebarkan unsur negatif dan menaip secara semborono di laman sosial, terutamanya atas perkara yang melibatkan kedaulatan kerabat diraja. - CARI |
Kurex replied at 13-9-2019 10:22 AM
Tengok muka pun jenis kepam busuk..
meow_tompok replied at 13-9-2019 11:18 AM
pemuda tu tak bole pilih nak block RPA ke?
Bukan dia bagi ayat cercaan pun
ada byk lagi benda berf ...
lalalxlx replied at 13-9-2019 01:02 PM
kesian..sebab unfollow je tak pasal2 kena kecam
tikusmontok replied at 13-9-2019 02:56 PM
Acik2 dlm forum ni yg ngutuk2 azmee takda nak mtk mahap ke?
ADVERTISEMENT