"I was a Janda before and im so PROUD with that title." Itu ulasan panjang lebar aktres Fasha Sandha mengenai isu yang melanda dunia hiburan tanah air masa kini. Menjelaskan kehidupan warna warni selebriti tidaklah seindah yang disangkakan, namun sebagai wanita perlu bangkit membuktikan segala-galanya dalam situasi terbaik. Memaparkan gambar 'throwback' ketika baru sahaja bercerai, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini menjelaskan gelaran 'wanita besi' yang diberikan oleh media kepadanya digalas dengan baik walaupun sebenarnya tidaklah setiap masa dia gagah melayari dugaan ketika itu. "Dalam dunia ni, akan ada haters dan ada juga ramai lovers. Tak semua orang suka kita happy,
Ada juga yang rasa gembira dan suka bila kita down. Jadi jangan tunjuk kita lemah.
Walaupun adakalanya kita lemah." Bagi Fasha, bila artis menghadapi penceraian, akan ada mulut-mulut yang menyatakan memang tabiat artis suka bercerai-berai, sedangkan hakikatnya artis tersebut sudah cuba menyelesaikan masalah, namun gagal. Jadi, itu adalah takdir, bukannya kesalahan diri semata-mata. Menceritakan kehidupannya ketika menjadi ibu tunggal menyedarkannya bahawa suami dan anak-anak adalah pinjaman semata-mata. Jadi, apabila diberi peluang kedua untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi, Fasha mengharapkan ianya berkekalan. "Yang penting, kena bekerja dan simpan duit dalam bank. Supaya kita tetap bersedia, itu nasihat i selalu pada my sisters. Ada masa, perlu lawan, kena lawan. Jangan biarkan orang buli
kita selalu, kalau rasa perlu jawab, jawab. Tak payah nak diam all the
time, nanti orang pijak kepala kita." Sempat menitipkan nasihat kepada para pengikutnya, Fasha berpesan supaya wanita di luar sana jangan bersedih, sebaliknya bangun dan buktikan kekuatan dan berani! Lambat laun, pasti menemui kemanisan selepas berlakunya kepahitan. Ramai warganet memuji kekentalan jiwa yang dimiliki Fasha dan berharap kebahagiaan miliknya berkekalan. Wah! Panjang lebar betul coretan Fasha kali ini. Tidak menujukan kepada sesiapa secara spesifik, namun ramai yakin ianya merujuk kepada kemelut rumah tangga beberapa artis akhir-akhir ini. Nampaknya Fasha semakin matang menghadapi isu kontroversi lalu mengambil pendirian tidak kisah orang nak kata membuatkan artis ini terus kekal positif. Bukan kah selepas hujan, memang muncul pelangi kan? - CARI |
Mekpah replied at 13-9-2019 02:37 PM
Claim diri sendiri wanita besi.. Nyampah
Acah2 ibu tunggal sara anak 2 org.. Mcm lah jejai tu xde b ...
Mekpah replied at 13-9-2019 02:37 PM
Claim diri sendiri wanita besi.. Nyampah
Acah2 ibu tunggal sara anak 2 org.. Mcm lah jejai tu xde b ...
KucingBiru replied at 13-9-2019 02:55 PM
Jejai bagi nafkah berapa banyak. Dengan rumah agam lagi yang dia heret kaum kerabat hidup situ. Pa ...
mizZue replied at 13-9-2019 04:35 PM
Kalau x menyebok bkn dia..sendiri gelar wanita besi..perasannya alahaiiiii..semua bekas laki bg kot. ...
ADVERTISEMENT