Rumahtangga mana yang tidak bergolak. Setiap perkahwinan pasti akan menempuh badai. Yang berbeza adalah penerimaan setiap pasangan, sama ada mereka kuat untuk mengharunginya atau mereka memilih untuk berundur.
Isu paling hangat sekarang ialah isu kakak selebriti terkenal Neelofa iaitu Noor Nabilla memfailkan perceraian di mahkamah walaupun setelah usaha berbaik dengan suaminya Sharnaaz Ahmad, dilakukan sebelum ini. Terdahulu, Sharnaaz dilaporkan berbaik dengan isterinya demi anak mereka, Jebat yang mengalami masalah kesihatan sehingga terpaksa dirawat di hospital. Namun begitu, tiada siapa menyangka, mereka dapat berbaik cuma sekejap sahaja. Sekarang nampaknya Nabilla nekad dengan keputusannya untuk bercerai. Isu semakin hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan mengatakan Nabilla mengadu bahawa Sharnaaz memberi nafkah cuma RM500 sebulan sedangkan dia mampu memberi lebih.
Berikutan itu, netizen yang dahulunya menyalahkan sikap panas baran Sharnaaz, kini berpihak kepada Sharnaaz pula. Malah, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menasihati selebriti itu di ruangan komen IG Sharnaaz. Namun, ada pula yang mengaitkan kenegerian Nabilla dengan punca perceraian mereka. Bukan setakat itu, bahkan nama Fizo Omar turut diheret sama oleh pengguna IG yang lain. Isu kenegerian sepatutnya tidak diheret dalam kes ini kerana rasanya ramai lagi di luar sana yang bawa ibu atau adik-beradik tinggal bersama keluarga. Ada juga yang menuduh Sharnaaz kedekut dengan Nabilla. Apa-apa pun, doakanlah yang terbaik untuk mereka dan berhenti membuat spekulasi bukan-bukan jika tak tahu pokok pangkal masalah mereka. - CARI
|
Kurex: Tapi betul kan......
Shinichikudo replied at 14-9-2019 11:24 AM
Yesszaa..hati tisu toksah la kawen org ganu baik laki ke pompuan
ADVERTISEMENT