Jika anda merancang untuk melawat Pulau Pinang tidak kiralah sama ada untuk menghabiskan cuti bersama keluarga ataupun misi 'food hunting' bersama teman, ini adalah senarai tempat makan yang best untuk dikunjungi!
Kalau bercakap mengenai Pulau Pinang, pasti terbayangkan pasembur, nasi kandar, ais tingkap dan banyak lagi. Mudah cakap, kalau mai Pulau Pinang mesti nak cuba makanan yang surrr saja bak kata penduduk tempatan. Menurut perkongsian @SabbyAneeshaaa di Twitter, ini adalah kafe yang harus anda lawati jika berkunjung ke Pulau Pinang. 1. Two Buns, Lebuh Carnavon Di sini, anda kena cuba rasa burger dengan peanut butter. Pelik? Belum cuba, belum tahu kan! 2. Awesome Canteen @ Sekeping Victoria Tempat cantik, makanan sedap. Memang sesuai kalau nak sambut hari jadi atau apa apa event. Boleh tangkap gambar banyak-banyak! 3. TeaKadai Orang kata, cafe ini kurang dikenali tapi menyediakan pelbagai manisan dan makanan India. Dah tak perlu susah-susah pergi India semata mata nak minum secawan teh yang sedap! 4. Gayo Cafe, Beach Street Makanan lazat dengan harga yang amat berbaloi. Sesuai untuk anda yang nak bersantai dengan kawan-kawan sambil menikmati makanan dan minuman yang enak. Tempat pun lawa, berbaloi untuk ditayang dalam media sosial. 5. Crepe Cottage , Gurney Drive Paling best dan kena cuba adalah Mango Sherbet. Untuk yang gemarkan pencuci mulut, kafe ini patut anda cuba! 6. Caze by Buu's Kitchen Walaupun agak mahal, pilihan kek yang ditawarkan kafe ini sangat menarik. Servis juga memang top notch! 7. Macallum Connoisseurs, Gat Lebuh Macallum Bagi yang kurang gemarkan matcha tea, boleh cuba penkek dan minum coklat ais yang enak! Memang berbaloi. 8. Halab Penang, Chulia Street Tidaklah berkonsepkan kafe, namun anda patut mencuba makanan di restoran ini. Makanan yang awesome dan servis yang terbaik. Percuma manisan arab lagi tau! 9. Bean Sprout Cafe, Bishop Street Selain menyediakan menu sarapan yang enak, kafe ini ini juga menyediakan minuman panas yang sedap. Tempatnya juga estetik sesuai untuk mereka yang suka mengambil gambar kenangan. 10. Brown Pocket, Gurney Paragon Gemarkan penkek dan wafel? Cubalah hidangan signature mereka. Confirm tak menyesal lah! Anda anda kafe menarik sekitar Pulau Pinang yang berbaloi untuk dikunjungi? Kongsikan kepada kami di ruangan komen. - CARI
|
13
Bagus |
12
Marah |
14
Terkejut |
12
Sedih |
14
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RatuDunia94 replied at 18-9-2019 10:53 AM
Setakat pegi penang semata2 nk cr makanan hipstur gitu.. kat kl pon berlambak.. apooo?
sarah82 replied at 18-9-2019 12:26 PM
Listt wajib aku pi bila kat penang.
1. Hamiddiyah (mcm tu kot ejaan dia) beriyani dia the boom g ...
TalibanRock replied at 18-9-2019 02:56 PM
memang sama la kita punya hunt list...nasi kandar mcm2 kedai suma rasa sedap smpi ke bulan gitu... ...
sarah82 replied at 18-9-2019 02:58 PM
Hahaha.. La.. Bamrok pun suka makan nasi kandar ka?
TalibanRock replied at 18-9-2019 04:03 PM
4 tahun duk perak..tiap2 minggu mesti pekena nasi ganja...kalau ade meeting kat penang, mesti lepa ...
ADVERTISEMENT