CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Tanda Pasangan Panas Baran Dan 'Abusive', Periksa Pasangan Anda!

18-9-2019 10:07 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 7293| Komen: 4|Original author: Oleh: hafiz.ahmad

Sejak kebelakangan ini, banyak kes penderaan dalam rumah tangga yang dilaporkan media, terutamanya melibatkan golongan selebriti. 

Namun, kes penderaan juga berlaku terhadap golongan biasa, cuma tidak dihebohkan seperti kes membabitkan artis tanah air. 


Mengapakah penderaan boleh berlaku dalam rumah tangga meskipun sebelum bernikah, si suami dan isteri sudah berjanji untuk sehidup dan semati?


Sumber Gambar: Goody Feed

Meskipun agak sukar untuk diterima jika si pelaku adalah pasangan kita sendiri, namun tidak salah untuk memeriksa jika pasangan kita mempunyai ciri-ciri individu yang 'abusive'. 

Berikut adalah lima tanda pasangan panas baran dan 'abusive'.


1. Sentiasa menyalahkan orang lain.



Dalam rumah tangga atau perhubungan, salah faham adalah perkara biasa. Pasangan yang sudah berkahwin puluhan tahun pun boleh bergaduh, apatah pula mereka yang masih belum berkahwin. 

Namun, jika pasangan sentiasa menyalahkan orang lain dan tidak pernah mengaku salah diri sendiri, dia mungkin seorang yang 'abusive'.


2. Terlalu mengongkong



Hubungan yang sihat adalah apabila masing-masing dapat menjalani kehidupan seharian sendiri tanpa perlu bergantung kepada pasangan. Namun, jika anda perlu melaporkan setiap perkara yang dilakukan kepada pasangan, itu adalah hubungan yang tidak sihat.

Ciri-ciri lain pula adalah anda tidak dibenarkan untuk berhubung dengan rakan berlainan jantina. Perkara ini sering terjadi kepada pasangan yang belum berkahwin, cemburu buta katanya. 

Selain itu, jika anda berkongsi kata laluan media sosial bersama pasangan juga merupakan tanda hubungan yang tidak sihat, apa gunanya anda bercinta jika perkara kecil sebegini pun anda tidak boleh percaya kepada pasangan?


3. Selalu mengungkit



Mengungkit untuk bergurau dengan pasangan adalah normal, namun jika setiap masa pasangan anda mengungkit tentang kesalahan anda atau pengorbanan mereka pada masa lalu, ini adalah tidak normal.

Cuba bayangkan kesalahan anda pada tiga tahun lepas diungkit dan digunakan sebagai topik untuk bergaduh, boleh jadi perang dunia ketiga!


4. Suka mencampak atau merosakkan barang.



Bergaduh dalam perhubungan adalah sihat dan normal, sedangkan dengan kucing pun kita boleh bertekak. Akan tetapi, jika pasangan merosakkan atau mencampak barang ketika bergaduh, lari!

Jika masih belum berkahwin pun dia dah mencampak barang, kalau dah kahwin agaknya anda pula yang dicampaknya. Kajian menunjukkan individu yang merosakkan barang semasa marah berpotensi menjadi seorang yang panas baran dan kaki pukul dalam perhubungan. Hati-hati!


5. Tidak boleh ditegur!



Tiada manusia yang sempurna, disebabkan itulah kita sering dinasihatkan untuk menegeur sesama sendiri untuk membetulkan kesilapan masing-masing. Namun, jika pasangan anda sedikit pun tidak boleh ditegur dan akan cepat melenting, tunggu apa lagi lari cepat!


Apa yang perlu dibuat jika pasangan korang ada ciri-ciri tersebut?

Jangan lari seperti yang disarankan, sebaliknya perbaikilah hubungan tersebut. Cuba berbincang dengan pasangan, jika ada rasa sayang pasti si dia akan berubah ke arah kebaikan! Jangan pula apabila nampak satu perkara buruk pada pasangan, terus tawar hati dan mahu mencari orang yang lebih baik.

Mencari pasangan yang lebih baik itu hanyalah jalan pintas yang tidak akan menyelesaikan masalah, lambat laun akan nampak keburukan pada pasangan yang baru pula. Jadi, cuba perbaiki dan jangan lari, okey! - CARI
15

Bagus
13

Marah
10

Terkejut
13

Sedih
12

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 18-9-2019 11:01 AM
thread ni nk related ngn kes Lufya ke... yg sblm tu Aishah Azman? yg sblm tu lagi Sarah Hildebrand? n sape lg ek selebriti yg lately ni didera mental atau fizikal or dua2 oleh pasangan?
Quote rosasen 18-9-2019 12:48 PM
chinta89 replied at 18-9-2019 11:01 AM
thread ni nk related ngn kes Lufya ke... yg sblm tu Aishah Azman? yg sblm tu lagi Sarah Hildebrand?  ...

ziana zain je yg terlintas skrg ni
Quote crossline 18-9-2019 07:04 PM
Info 100% tepat sekali.
Quote Veneer 18-9-2019 11:47 PM
Cemburu itu normal. Kau apa tahu zaman sekarang ni, nak main tepi ke belakang ke nak cari makan tepi ke belakang ke, senang sebab ada nya social media. Nak bina rumah tangga pastikan pintu belakang tu berkunci, tak ada lah senang senang orang luar nak keluar masuk.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.039213 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top