CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemain Antarabangsa Tinggalkan Kelab Selangor Kerana 'Terlalu Gelap'

18-9-2019 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4814| Komen: 26

Pemain bola sepak antarabangsa, Antonio German terpaksa meninggalkan Liga Super Malaysia selepas sebulan menerima mesej bersifat perkauman daripada peminat.

Dalam temu bual bersama BBC Sport seperti dipetik FMT, bekas penyerang Queens Park Rangers itu mendakwa turut dimalukan peminat ketika perlawanan.


Katanya, dia dihina 'terlalu gelap' untuk bermain dengan Selangor.

Walaupun dihina sedemikian di media sosial oleh sebilangan kecil peminat, Antonio akui terkejut dengan tindakan mereka.


Foto: BBC

Antonio yang juga bermain untuk kelab di Scotland, England dan India berkata, dia tidak pernah mengalami rasisme ketika bermain di negara lain.

“Apabila kelab melihat saya meninggalkan (Selangor) mereka tidak tahu cerita sebenar.

“Saya suka Malaysia, ia sebuah negara yang luar biasa. Kebanyakan peminat adalah hebat – ia menyedihkan bahawa tindakan ini menghalang karier saya," katanya.


Difahamkan, Antonio dihujani kata nista ketika perlawanan walaupun berjaya menjaringkan lapan gol dalam 10 perlawanan sebelum musim dan menjaringkan gol pertama liga.

“Perlawanan ketiga musim ini, saya bermain dengan baik tetapi tidak menjaringkan gol dan kalah teruk selepas 80 minit. Selepas perlawanan saya diberitahu adalah lebih baik meninggalkan pasukan untuk perlindungan saya.

“Saya terfikir, ‘kenapa saya dihukum kerana tingkah laku beberapa peminat?’ Tetapi, saya memutuskan untuk meninggalkan pasukan,” luahnya.


Foto: BERNAMA

Sementara itu, Selangor mengakui kenyataan berbaur rasisme ke atas Antonio, namun tidak mampu mengambil tindakan lanjut untuk menghukum peminat yang membuat komen rasis di laman sosial.

Pemain kelahiran London dan memiliki kewarganegaraan Grenada itu menyertai pasukan Selangor pada 13 Januari. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-9-2019 12:06 PM
Nak temgok muka pemint tu.. Muka jawa ke, muka kerala
Quote slavehunter 18-9-2019 12:13 PM
Apa la dorang ni....footballer zaman sekarang merata negara main bola. No racisme.
Quote Malaysia.Doom 18-9-2019 12:29 PM
Racisme di kalangan rakyat ni macam Barah....NI semua spesis UMNO Dan PAS yang jadikan Racisme sebagai Barah dalam masyarakat.
Quote Cpkay 18-9-2019 12:39 PM
he's a good player for Selangor.. rugi betul
Quote cmf_almondpecan 18-9-2019 12:40 PM
Baru baca di BBC sport. Suratkhabar lain di UK pun petik berita ni dari BBC. Kategori berita pelik. Tapi coach Sathianathan cakap benda ni biasa dlm sukan bola sepak Malaysia (di sini: https://www.thestar.com.my/sport ... abuse-claims-sathia

Anyway, kalau melalui pemerhatian sendiri, rasanya benda mcm ni bukan saja dalam sukan di Malaysia.
Quote minahmanja 18-9-2019 12:43 PM
kalau tgk gambar tu, takde la gelap sgt weii
Quote RatuDunia94 18-9-2019 12:55 PM
Abis tu sumareh tu?? Bukan heols yg jd hero kalahkan indon aritu? X nak kutuk gelap plak?
Quote gideoncross 18-9-2019 01:09 PM
"Sementara itu, Selangor mengakui kenyataan berbaur rasisme ke atas Antonio, namun tidak mampu mengambil tindakan lanjut untuk menghukum peminat yang membuat komen rasis di laman sosial".

Worst thing I've ever read.
Quote prizadane 18-9-2019 01:12 PM
Wow! Teruknya komen peminat selangor... apa jadah kau nak petik warna kulit dia. Lain la kalau dia tak perform cam ronaldo perak tu...tu pun orang kutuk performance dia je
Quote Yustan 18-9-2019 01:14 PM
cmf_almondpecan replied at 18-9-2019 12:40 PM
Baru baca di BBC sport. Suratkhabar lain di UK pun petik berita ni dari BBC. Kategori berita pelik.  ...

Masa selangor tgh down dalam liga m awal tahun tu pun sathianathan kna kecam berbaur rasis dgn fan slngr... tu yg smpai dia lps geram dlm press con.... ada tyg kat tv3
Quote ikanmasin 18-9-2019 01:24 PM
ada saja nak bahankan orang...
Quote Foxey 18-9-2019 01:32 PM
Buat malu je peminat yang komen racist ni. Padahal Malaysia ni terkenal negara yang mempunyai berbilang kaum. Alih2 dia lak racist lebih banding negara2 lain. Hish
Quote VioletsAre_Blue 18-9-2019 01:36 PM
Takde tindakan? Sedih betul malaysiaku.. Tangkap la yang buat komen rasis tu
Quote matseh 18-9-2019 01:47 PM
Racist ke, kaler kulit kut.  
Quote ketambangkang 18-9-2019 02:12 PM
rakyat malaysia kan terlalu obses dgn keputihan, sbb tu la sggup cocok sana sini semata2 nk putih
Quote batmana 18-9-2019 02:18 PM
kt mana2 ada racist ni

https://www.youtube.com/watch?v=V4rZbjXY4Lg
Quote ifanonline 18-9-2019 02:20 PM
melayu dan keling tak sedar diri...kulit pun sama hitam dgn negro...ada hati nak halau org..
Quote Cable 18-9-2019 02:29 PM
kapir2 bongok ske guna komen rasis....bile tnye graviti dia jwb graviton..pdhl x pnah nmpk pn ombak graviti tu cne..prfffffffffffffffffffffffffffffffffffffffttttt
Quote AnBulisia 18-9-2019 02:53 PM
kat itali nun lagi teruk rasisnya...
di mana mana pun
hati tisu dia ni, dah tak perform, kontrak tak sambung. banyak bunyi pulak

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.049955 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top