Pelakon Fasha Sandha mengesahkan bakal menimang anak dengan suaminya Aidil dengan kapsyen ringkas 'berlima' dalam status terbarunya di Instagram. Berita ini mengesahkan pelbagai khabar angin yang bertebaran selepas netizen melihat perubahan pada tubuh badannya. Sebelum ini heboh dibicarakan di media social kemungkinan beliau hamil lagi berdasarkan 'baby bump' yang mula kelihatan dalam beberapa gambar terbarunya. Dengan memuatnaik sekeping gambar dirinya bersama suami dan dua orang anak dari perkahwinan terdahulunya, Fasha dan Aidil kelihatan gembira dengan pengumuman itu. Pengumuman pasangan itu disambut dengan penuh sokongan oleh peminatnya. Rata-rata mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk menatap wajah anak mereka nanti. Turut mengucapkan tahniah kepada apsangan itu termasuklah ramai rakan-rakan artis yang lain. 'Tahniah, semoga semuanya berjalan lancar' kata seorang netizen. 'Pasti anaknya nanti secomel ibunya' kata seorang lagi. Tahniah diucapkan kepada Fasha kerana bakal menambah seorang lagi anggota keluarga baru. Semoga kehamilan kali ini berjalan dengan lancar. - CARI |
sheqim replied at 20-9-2019 10:32 AM
So dia keguguran ke tidak aritu?
abgsallehsado replied at 20-9-2019 10:37 AM
SHART SHOOTER..JAGA kandungan baik2..kalau aku leks2 ja tak payah kecoh
ADVERTISEMENT