CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tidak Berperikemanusiaan! Ratusan Penduduk Paya Jaras Merempat Selepas Rumah Dirobohkan

20-9-2019 10:43 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 14162| Komen: 89|Original author: Tukang Tulis

Tindakan merobohkan rumah-rumah penduduk berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras, Selangor dimulakan pada 19 September. Penduduk menuntut pembelaan daripada Amirudin Shari (gambar kecil, kiri) dan Mohd Khairuddin Othman (gambar kecil, kanan). Kredit foto: Facebook/Tan Sri Noh Omar & Portal SUK Negeri Selangor

Kira-kira 250 penduduk yang mendiami 92 rumah di kawasan berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras, Selangor berdepan nasib tidak menentu apabila kerajaan negeri Selangor melaksanakan tindakan meroboh kediaman mereka mulai 19 September.

Difahamkan, tiada rumah sementara yang disediakan oleh pihak bertanggungjawab bagi memastikan semua penduduk terbabit dapat hidup dengan selesa sebelum beroleh kediaman baharu.

Melihat kepada gambar-gambar yang tular dalam media sosial, penduduk termasuk kanak-kanak terpaksa berlindung di bawah khemah terbuka yang didirikan sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko kesihatan akibat jerebu tebal yang melanda negara ketika ini.


Khemah terbuka didirikan sebagai tempat perlindungan sementara. Kredit foto: Facebook / Tan Sri Noh Omar
Kerajaan negeri Selangor mengambil tindakan itu bagi membolehkan tanah yang didiami penduduk diambil untuk projek pelebaran Sungai Kedondong yang bertujuan mencegah banjir.

Walaupun tindakan tersebut dilakukan mengikut undang-undang, penduduk yang terjejas kesal kerana kerajaan negeri Selangor seolah-olah bersikap tidak berperikemanusiaan walaupun mereka telah memohon penangguhan sehingga hujung tahun ini.

Kekesalan itu diluahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Paya Jaras Hilir, Azroy Manaf dalam surat terbuka kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Ahli Dewangan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman.

Perhimpunan aman oleh penduduk meminta wakil rakyat mereka menunaikan janji. Kredit foto: Facebook
Dia menjelaskan, penangguhan itu diminta bagi membolehkan penduduk membuat persediaan untuk berpindah ke rumah sewa dan keselesaan kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan.

"Tetapi DATO' Menteri Besar & YB selaku ADUN kami tidak langsung menyebelahi penduduk dan malah menindas kami sebagai rakyat dan anak jati Selangor. Kami akan ingat HARI ini dan DETIK ini. 

"Dan kami akan bukukan SEJARAH HARI INI, sebagai SEJARAH HITAM dalam hidup kami sewaktu Era Kepimpinan MB & YB sekarang. 

"Sewaktu MB & YB lena tidur di Rumah berkatilkan Tilam Empuk. Ingatlah ada Rakyat MB & YB yang bakal merempat tiada tempat tinggal dan tidur berlantaikan tanah bertilamkan hamparan kertas di Negeri Selangor yang Maju ini," katanya.


Azroy turut mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin terbabit bahawa mereka akan di cari di akhirat nanti dan penduduk akan menyampaikan serta mengingatkan anak-anak mereka tentang tragedi itu supaya mereka tidak tersalah memilih pemimpin pada masa akan datang.

Sementara itu, memetik laporan TVSelangor, Amiruddin menyifatkan isu perobohan rumah penduduk di Kampung Paya Jaras itu sengaja diperbesarkan dan dijadikan mainan politik pihak tidak bertanggungjawab. 

"Yang Berhormat Setiausaha Kerajaaan Negeri (Selangor) telah dua kali dipanggil oleh Jabatan Audit (Negara) kerana projek itu tidak boleh berjalan dan kekangan utama ialah kerana penduduk-penduduk ini yang terutama plot C dan D ini tidak keluar dan untuk diteruskan projek.

"Dan effectnya, Paya Jaras saya ingat sudah dua kali ke tiga kali banjir dalam tempoh satu tahun setengah ke belakang dan ribuan yang mendapatkan kesan langsung dan tidak langsung," katanya.


Walaupun tindakan diambil mengikut undang-undang, aspek kemanusiaan juga sewajarnya diberi perhatian oleh pihak bertanggungjawab agar kebajikan penduduk terutamanya kanak-kanak yang masih kecil tidak diabaikan. - CARI

3

Bagus
8

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • petak96

  • Bagus

    Anonymity

  • Aretoke

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akusukaq 20-9-2019 11:16 AM
thread  agak sama dah ada.tak payah buka byk sgt
Quote Modngengade 20-9-2019 12:00 PM
CASH lah....majoritas Indon yg duduk kt situ
Quote arm_band 20-9-2019 12:06 PM
hek eleh dah siap buatkan khemah pun banyak bunyi.  emang dasarnya merempatttttt
Quote iznanaziz 20-9-2019 12:07 PM
umah papan ke umah batu?
skit punya kalering umah
Quote sayang_mulut 20-9-2019 12:15 PM
banyak indon kan sini..
Quote pokaibanktokyo 20-9-2019 12:23 PM
Lantak lah .indon setinggan sialan
Quote moonbug 20-9-2019 01:08 PM
Korang pegi bina kuil lepas tu duduk dalam tu, nescaya takkan kena roboh
Quote awanysss 20-9-2019 01:19 PM
whatever it is, please refer pada geran ye.. tanah tu tanah ape.. kalau rasa dianiaya, saman la ape lg.. propa sgt yindon..
Quote Herlina 20-9-2019 01:41 PM
Kalau dh ikut undang2, nak bantah apanya lagi?
Kata dh mintak tangguh sampai cukup tahun utk cari kediaman baru. Jap g dah cukup masa mintak lagi tempoh, bagi tempoh pastu mintak tempoh lagi dan lagi dan lagi dan lagi...pastu bg alas an anak nk exam pulak (sedangkan 2 3 tahun sebelum tu anak belum nk exam tak de lak sibuk nk usaha cari umah baru.

Golongan yindo ni mmg la...kalau boleh nk duduk dalam kelompok mereka jugak, pastu kalau boleh nk beranak, bercucu, bercicit kat tempt yg sama.
Quote CrowneGlory 20-9-2019 01:43 PM
takat penuh indon dgn nepal..selayaknya kena roboh...kalau nk bg bonus tangkap sekali htr balik negara masing2...apa citer plak ada rakyat malaysia pulak celah2 situ...
Quote natrahn 20-9-2019 01:43 PM
moonbug replied at 20-9-2019 01:08 PM
Korang pegi bina kuil lepas tu duduk dalam tu, nescaya takkan kena roboh

sabo je la... anyways kes kuil tu tanahnya milik persendirian... yg Paya Jaras ni tanah rizab sungai milik kerajaan..
Quote felinecat 20-9-2019 01:54 PM
Situ penuh indon beranak pinak pacak rumah.hoiii dasarrr. Baik bg tanah kt rakyat msia. Ko igt ni tmpat indon ke main pacak2
Quote moonbug 20-9-2019 02:09 PM
natrahn replied at 20-9-2019 01:43 PM
sabo je la... anyways kes kuil tu tanahnya milik persendirian... yg Paya Jaras ni tanah rizab sung ...

saja je. Yang penting dua-dua pemilik tanah bukan main sondol je, ikut saluran undang-undang kan. Yang occupy tanah secara haram ni drama lebih. Apa diorang expect pacak je tiang terus boleh claim hakmilik ke macam mana
Quote meteorspeed 20-9-2019 02:14 PM
sayang_mulut replied at 20-9-2019 12:15 PM
banyak indon kan sini..

Kalu bnyk indo.. So jgn la Nak bising balik negara indo sana
Quote prettyuglybabe 20-9-2019 03:04 PM
dah duduk tanah free lagi mau komplen..
Quote Simunggu 20-9-2019 03:12 PM
di Sabah banyak mcm ini indon, piliping duduk tanah kampung...aman aman ja...YB takut..
Quote me12345 20-9-2019 03:12 PM
Paya jaras ni mmg sesak ..penempatan setinggan rupanye...indon yg beranak pinak  pun ramai
Quote mejaputih 20-9-2019 03:27 PM
Meh kita anto pegawai imi ke khemah tu..nak ke?silap2 ke dlm depot mereka ni..lagu mau komplen acah2 mangsa...indon oh indon..
Quote damian_lee 20-9-2019 03:35 PM
Penempatan indon kann?
Sejak bila jadi perkampungan melayu
Aku baca kat twitter ... pelik2 kata melayu teraniaya bagai

Dah rizab sungai ..... memang patutlah ....
Xperlu rasanya nak play victim kot

Plus ada yang dapat pampasan rumah

Forumerrr jommmmmmm buat rumah kat rizab sungai
Boleh dapat rumah

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.061482 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top