Dua lelaki yang bergaduh sesama sendiri di Plaza Tol Bukit Kiara yang menjadi tular sejak Selasa lalu akhirnya dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM1,000.
Harian Metro melaporkan, hukuman itu dijatuhkan kepada Mohamad Fazrien Mohd Ziear dan Ng Whye Hoong selepas kedua-dua tertuduh mengaku bersalah. “Sepatutnya kamu sabar dan menjadi contoh baik kepada orang bukan Islam. Isteri kamu pula patut baik pulih keadaan dan bukan biarkan suami bergaduh,” kata Majistret Noorasyikin Sahat terhadap Mohamad Fazrien Mohd Ziear. “Kamu pula Ng (Ng Whye Hoong) sudah matang dan sepatutnya boleh berfikir. Kamu tidak malu jika nanti bila sudah tua anak-anak lihat video yang tular ini?”
Sekiranya gagal membayar denda itu, kedua-dua tertuduh boleh dikenakan penjara sebulan. Terdahulu, gempar di media sosial apabila sebuah video menunjukkan dua lelaki bertumbuk di Plaza Tol Bukit Kiara sehingga cedera antara satu sama lain. - CARI
|
prettyuglybabe replied at 20-9-2019 11:58 AM
miskin sangat ke rm1000 pun tak ada..
dari derma kat dia yang tak berfaedah, baik i derma kat orang ...
ADVERTISEMENT