Berbeza dengan wanita lain yang mahu menjaga aset mereka, namun wanita yang merupakan penyanyi dan komposer dari Australia, Selina Jenkins berasa sebaliknya.
Dikatakan Jenkins tidak pernah menyukai payudaranya dan mengambil keputusan membuang asetnya itu. Yang tinggal kini hanyalah putingnya sahaja, seperti dilaporkan ABC Australia. "Perasaan tidak suka payudara ini mula ada ketika saya melakukan aktiviti olahraga termasuk semasa yoga dan menunggang kuda. Saya rasa sangat tidak selesa dan tidak nampak apa manfaatnya dengan memilikinya (payudara)," kata Jenkins, 31. Katanya lagi, dia membuang payudaranya secara sukarela di Florida, Amerika Syarikat, tujuh tahun lalu.
Ini kerana doktor pakar di negara asalnya tidak bersedia melakukan pembedahan itu kerana dia tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. "Saya adalah seorang wanita yang tidak memiliki payudara. Dada saya mungkin rata tapi saya tetap seorang wanita, jenis wanita yang berbeza," katanya lagi. - CARI
|
KIM.K replied at 20-9-2019 08:43 PM
Cakap je minat wanita sejenis!
ADVERTISEMENT