Seluruh pelusuk media sosial semalam dipenuhi dengan pengumuman mengejutkan berkenaan penyerang sensasi skuad bawah 18 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin yang menandatangani kontrak selama lima bersama kelab divisyen 1 Liga Belgium, KV Kortrijk.
Pada saingan Piala AFF B-18 di Vietnam baru-baru ini, Luqman menampilkan persembahan yang sangat cemerlang dan berjaya membantu pasukan negara muncul sebagai naib juara, sehingga berjaya menarik minat beberapa kelab luar terutamanya daripada Liga Jepun. Luqman serta beberapa lagi pemain muda negara sebelum ini telah berangkat ke Jepun untuk menjalani sesi percubaan bersama kelab J1 League, Cerezo Osaka. Namun begitu, KV Kortrijk berjaya mendapatkan penyerang sensasi itu untuk tempoh lima tahun. Luqman akan dihantar berlatih ke kelab Cardiff City dahulu, memandangkan beliau masih belum mencapai umur 18 tahun. Berita perpindahan Luqman ini menarik perhatian peminat bola sepak tempatan, yang majoriti daripada mereka 'spam' akaun Twitter rasmi KV Kortrijk sehingga mendapat perhatian admin akaun kelab Belgium itu.
Akaun rasmi KV Kortrijk turut berbalas tweet bersama peminat daripada Malaysia. Sporting betul! — KV Kortrijk (@kvkofficieel) September 20, 2019
Semoga Luqman Hakim menjadi batu loncatan buat pemain Malaysia agar bermain di liga luar dan memajukan industri bola sepak tempatan. Selamat maju jaya buat Luqman! - CARI
|
setori_mori replied at 22-9-2019 10:26 AM
Awat ada vincent tan di situ
setori_mori replied at 22-9-2019 10:26 AM
Awat ada vincent tan di situ
VioletsAre_Blue replied at 22-9-2019 02:48 AM
Akak lagi kagum nazmi faiz join kelab portugal hari tu, owner kelab bukan orang malaysia.. Liga port ...
Kurex replied at 22-9-2019 11:31 AM
Wowww paha.. Semoga daoat duduk atas riba luqman sambil buat teknik lompat katak
pokaibanktokyo replied at 22-9-2019 10:55 AM
Sekali pun dia tak pernah main dengan senior team
ADVERTISEMENT