Pengacara terkenal, Aznil Hj. Nawawi baru-baru ini kehilangan dua orang abangnya. Lebih memeritkan lagi, kehilangan itu berlaku dalam sela masa kurang sebulan.
Dipercayai arwah abang Aznil meninggal dunia akibat kanser yang berpunca daripada tabiat merokok. Sebelum ini pengacara itu turut kehilangan ayahnya yang jatuh sakit juga kerana tabiat merokok. Sehubungan dengan itu, Aznil merayu kepada peminat-peminatnya untuk menghentikan tabiat buruk itu. Dalam satu status video IG langsung yang dimuatnaik di Instagramnya, pengacara itu meluahkan perasaan rindu kepada ayah dan kedua-duanya. Beliau juga sempat memberikan nasihat kepada peminatnya supaya berhenti merokok.
'Ayah Pak Nil dan abang-abang Pak Nil pergi kerana rokok, jadi saya menyeru kepada semua perokok supaya menghentikan tabiat itu' kata Aznil. 'Kasihanilah adik-adik kamu juga emak ayah yang bakal ditinggalkan jika sakit kerana merokok ' tambahnya lagi. IG Aznil kemudian tular selepas dikongsikan oleh salah seorang peminatnya dan kini mendapat lebih 16 ribu likes dan 27 ribu kicau semula. Ramai di antara mereka berkongsi cerita kehilangan ahli keluarga dan saudara mara kerana rokok. Sesungguhnya merokok yang sudah difatwakan haram sudah cukup membahayakan kesihatan tetapi belum cukup untuk menyedarkan perokok tegar. - CARI |
supernaturalee replied at 22-9-2019 08:44 AM
The msg is good
Tp cara dia nk spread the msg buat video cenggitu dh mcm bbnu
Fazzbulous replied at 22-9-2019 10:00 AM
My hubs pn dah stop smoking...sekarang vape...but still ada 6mg nikotin...i suruh dia slow2..sebab ...
LadyCarefree replied at 22-9-2019 11:39 AM
Knape bbnu lak? Iols tngok ok je
supernaturalee replied at 22-9-2019 12:44 PM
How old is he? 60 or something?
Dgn gaya gitu. ..it's a big NO
Tp klu workout utk u
blue^panther replied at 22-9-2019 01:05 PM
Harap Pak Nil nasihat sekali artis2 Malaysia yg bersepah2 promot vape/pod/entahpapelagi dengan asap ...
ADVERTISEMENT