Nama Neelofa sering disebut oleh peminat fesyen dan juga figura terkenal dalam dunia fesyen. Saban tahun usahawan wanita itu pasti akan menjengah ke mana-mana acara fesyen besar tak kisahlah sama ada di Milan ataupun New York. Sibuk sungguh!
Pun begitu, Neelofa sering tampil dengan penutup kepala gaya turban dan bukannya hijab penuh biasa yang sering dilaram olehnya di sini. "Sekitar setahun lalu, saya tampil dengan imej turban setiap kali berjumpa individu fesyen penting di luar negara kerana mahu memperkenalkan kepada mereka yang wanita berhijab juga mampu melaram dan kelihatan bergaya. "Saya tahu, jika mengenakan tudung dengan gaya normal, saya sukar diterima di sana. Disebabkan hal itu, saya cuba tampil dengan stail kreatif ketika berada di luar negara," kata Neelofa kepada MH.
Tidak pada tahun ini apabila dia cuba melakukan kelainan dengan mengenakan hijab penuh bagi membawa identiti tersebut ke mata dunia.
|
bambimo replied at 22-9-2019 10:24 AM
Neelofa mmg cantik jika brhijab penuh..
Kalo br turban tu xlawa lah
febreze replied at 22-9-2019 11:07 AM
ni boleh pancing kerabat uae dubai ereb saoudi..untung klu dia dpt putera ereb setelah tak dpt cakar ...
ADVERTISEMENT