CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Biar Betul! Wang Kertas Ringgit Malaysia Didakwa Ada Lemak Khinzir

23-9-2019 01:43 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 5810| Komen: 24|Original author: Tukang Tulis

Benarkah lemak khinzir digunakan dalam proses mencetak wang kertas ringgit? Kredit foto: iStock Photo


Seorang pensyarah di negara ini membuat dakwaan yang mengejutkan apabila menyatakan wang kertas ringgit dipercayai mengandungi lemak khinzir.

Memetik laporan Malaysia Gazette pada 20 September, pensyarah Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Zhari Ismail membuat dakwaan itu selepas menjadi ahli panel dalam program Diskusi Isu-isu Syariah 'Vaksin Menurut Islam' di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini.

Beliau menjelaskan bahawa maklumat tersebut diperolehi daripada pemain industri percetakan wang kertas.

"Ada penggunaan lemak babi dalam pembuatan percetakan wang kertas. Ini kita perlu berita rasmi yang laporan mengenai perkara ini, jadi ini dakwaan dan kita kena ada pengesahan bahawa dakwaan itu benar atau tidak.


"Kalau tanya orang yang terlibat dalam pencetakan wang kertas, memang mereka guna lemak babi," katanya kepada Malaysia Gazette.

Prof. Dr. Zhari Ismail. Kredit foto: Malaysia Gazette
Zhari memberitahu, beliau telah mengemukakan isu tersebut kepada Bank Negara Malaysia (BNM) dan difahamkan, bank pusat berkenaan sedang mengkaji dakwaan itu.
Beliau turut menasihatkan agar sampel wang kertas ringgit dihantar untuk kajian di makmal kerana tindakan serupa pernah diambil untuk wang kertas dolar Amerika Syarikat (AS).

Kajian makmal terhadap wang kertas dolar AS dikatakan telah mengesan DNA khinzir dan bakteria E. coli dalam sampel yang dihantar. 

DNA khinzir dan bakteria E. coli pernah dikesan pada wang kertas dolar AS. Kredit foto: Carian Google
Dalam isu ini, wajarlah BNM tampil dengan penjelasan bagi menjawab segala keraguan yang timbul dalam kalangan orang ramai berikutan dakwaan tersebut. - CARI
2

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 23-9-2019 02:26 PM
Kena ada duit halal. Hanya muslim je boleh pegang. Klau non muslim pegang, dia akan kena renjatan letrik.

Btw, saya ada jual udara halal. PM klau nk beli. Mur mur je.
Quote RatuDunia94 23-9-2019 02:43 PM
LadyCarefree: Kena ada duit halal. Hanya muslim je boleh pegang. Klau non muslim pegang, dia akan kena renjatan letrik.Btw, saya ada jual udara halal. PM klau nk be ...


So?? Kalau x nak duit2 tu bleh bg kat iols..
Quote BlueRose99 23-9-2019 03:41 PM
Biar betul?!
Quote zach2008 23-9-2019 03:43 PM
Haramm... cepat buang ke tong sampah depan rumah saya
Quote munchkin 23-9-2019 03:45 PM
Lol lol lol. Bak mai lah.
Quote dua_chzy 23-9-2019 03:52 PM
zach2008 replied at 23-9-2019 03:43 PM
Haramm... cepat buang ke tong sampah depan rumah saya

Saya pun mengalu2kan. Buang sampah tong sampah saya penuh pon takpa.
Quote zjen 23-9-2019 03:54 PM
cukai yg di bayar oleh toke jual babi halal tak utk kerajaan pakai

tafsiran staz berbeza beza,   ada yg ckp yes,  ada plak ckp no



Quote Cpkay 23-9-2019 03:55 PM
mari ramai ramai menggunakan cashless
lebih selamat..
Quote jazaa100 23-9-2019 04:08 PM
Woiii laba ....

Kau bukak thread tak check dulu ke?....
Quote jazaa100 23-9-2019 04:08 PM
Woiii laba ....

Kau bukak thread tak check dulu ke?....
Quote matchstick 23-9-2019 04:16 PM
zach2008: Haramm... cepat buang ke tong sampah depan rumah saya


Saya pun nk sewa roro bin utk memudahkan lebih byk duit dibuang kt depan rumah saya
Quote namirulmukminin 23-9-2019 04:23 PM
Hanya DINAR EMAS je wang yang betul2 tulin lagi suci...
Quote umbut 23-9-2019 05:12 PM
Kalo x nak duit.. meh bagi aku
Quote whadda 23-9-2019 05:25 PM
jangan la malu2 buang cash yang ade tu kat aku
Quote Rogue98 23-9-2019 07:08 PM
Macam2 hal lah skrg...
Suka sgt dgn babi sampai kan duit pun nak letak minyak babi ke. Tolonglah tutup kandang2 babi yg byk kat msia ni.
Quote missus_meow 23-9-2019 07:28 PM
tunggu bnm kata ape
Quote Nokiaman 23-9-2019 08:21 PM
KEBODOHAN BERTUBI TUBI UMMAH YG KLAIM CAMNI...
Quote Perawankota 23-9-2019 10:31 PM
Mana ko nak tau sapa pegang duit kau? Nakharom sungguh
Quote Asdan 23-9-2019 10:46 PM

tak ada kempen boikot duit kertas ke ?

BDK = boikot duit kertas

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.036792 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top