CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Untunglah Suami Jaga Dari A ke Z' - Wanita Kongsi Suami Urus Hal Rumah Ketika Berpantang

25-9-2019 11:12 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 11136| Komen: 76|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Masih adakah suami yang sanggup membuat segala kerja rumah di kala isterinya sedang berpantang selepas bersalin?

Sememangnya masih ramai lelaki yang mampu menguruskan semuanya dari A ke Z, termasuk menjaga isteri dan anak-anak mereka seorang diri, tetapi malangnya golongan ini jarang diberikan penghargaan sewajarnya.



Kredit foto: Facebook

Oleh itu, apabila seorang pengguna Facebook bernama Siti Nor Q menulis nota penghargaan untuk suaminya, ramai netizen turut berkongsi perkara sama.

Menurut Siti Nor Q suaminya menguruskan semuanya dari A ke Z termasuklah menyediakan barangan berpantang isteri, memasak, menyiapkan anak-anak dan semua urusan rumah tangga lain tanpa pembantu sehingga beliau pulih sepenuhnya.


Kredit foto: Facebook

Kredit foto: Facebook

Kredit foto: Facebook

Lebih mengagumkan lagi, suaminya telah menjaganya berpantang dari anak ketiga hinggalah anak yang keenam!


Kredit foto: Facebook

Kredit foto: Facebook

Berikutan perkongsian itu, ramai melabelkan suami Siti Nor Q sebagai satu anugerah dan mendoakan agar perkahwinan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.

Ramai juga yang turut meluahkan rasa bertuah kerana suami masing-masing turut membantu mengurus rumahtangga seperti suami Siti Nor Q.


Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook

Walau bagaimanapun, ada yang mempersoalkan sejauh mana suami perlu dibebankan dengan kerja sedemikian sedangkan mereka turut bekerja pada masa yang sama dan bantuan boleh didapati dari sumber lain. 

Apa pula pendapat anda? Wajarkah suami dibebankan dengan tanggungjawab ini seorang diri atau perlukah isteri bersalin menggunakan khidmat seperti pembantu rumah ataupun pusat khidmat penjagaan berpantang yang menyediakan pelbagai khidmat mampu bayar? - CARI
5

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 25-9-2019 11:20 AM
Rajinnya laki dia
Quote umbut 25-9-2019 11:31 AM
Bangganya.. siap canang detail.. eewww
Skrg ramai je yg pantang sendiri termasuk aku.. laki urus sikit2.. skrg moden semua pki mesin.. makan leh order je.. bkn susah punnnnn...
Quote Boomibulat 25-9-2019 11:36 AM
Laki dia suka plk ye bini share bnda2 mcm ni..
Quote Boomibulat 25-9-2019 11:40 AM
Sang_Pencinta replied at 25-9-2019 11:20 AM
Rajinnya laki dia

Rajin buat ank spai 6 kena la rajin tlg..
Quote vee_zara 25-9-2019 11:49 AM
Tak takut ke dia ni share psl laki dia? Kang betine2 garit tak kire anak dara, andartu, janda, bini org pun dok nak try...
Quote cikatilia 25-9-2019 11:58 AM
details nya share

mmg xbole eh diam2 duduk aman2 rumah tangga tanpa gebang2 social media?
Quote matchstick 25-9-2019 12:07 PM
panjang akak menaip..maklumlah laki buat semua. akak byk masa lapang boleh buat karangan berjela
Quote Laceyx 25-9-2019 12:11 PM
Semoga bahagia la walaupun iols skip baca sbb panjang sgt
Quote Beribear 25-9-2019 12:14 PM
Lelaki dah lama2 mmg camtulah.. Anak pon dah ramai.. Mak iolss pon kalau berpantang mmg ayah iolss yg uruskan. Masak makanan pantang..  Mandi kan baby semua, sebiji cm ni. Patut semua lelaki kena ada sifat cmni. Awal2 kawin mmg la tak tahu tp kena ambil tahu supaya masa akan dtg dah tahu apa yg perlu di buat
Quote rospinki 25-9-2019 12:21 PM
Untonglerr..

Reheki msg2 kan..rezeki aku plak bekas laki blik tghri tnya makan apa ada?? Snggup dia makan ikan cencaru bakar cicah lada hitam lauk berpantang aku

Alhamdulillah..anak2 smua ok
Quote Sang_Pencinta 25-9-2019 12:23 PM
rospinki replied at 25-9-2019 12:21 PM
Untonglerr..

Reheki msg2 kan..rezeki aku plak bekas laki blik tghri tnya makan apa ada?? Snggup d ...

Ayoyo, kurang hajo bunya ex-laki
Quote anarina 25-9-2019 12:30 PM
umbut replied at 25-9-2019 11:31 AM
Bangganya.. siap canang detail.. eewww
Skrg ramai je yg pantang sendiri termasuk aku.. laki urus si ...

Tah la, i tgk sudut positip lak sbb x triggered lak baca post dia ni, couldve been a good example, sbb adik i laki tgk ckp baguihnya , kdg bila tgk contoh camni br rs bknnya laki xleh buat tp sbb xnak buat jah
Quote RatuDunia94 25-9-2019 12:35 PM
Suami yg bagus bukan rajin time bini tgh pantang je tau sis... kalau hari2 x panta g suami sis mmg rajin sebegitu tahniah ler..
Quote coolie83 25-9-2019 12:49 PM
whats new? aku pun tolong bini aku jugak...xde la bini aku nk share satu dunia laki dia rajin tolong..dasar attention seeker..
Quote armin 25-9-2019 12:51 PM
Laki meols pun camni upah CL pin heol yg bgn malam tukar lampin baby. Lepas CL balik heol pulak cuti 2 minggu jaga iols. In fact before n after ada baby pun dia yg masak, basuh n jemur baju, kemas rumah. Meols keje susukn n didik baby je. Bersyukur sgt hehe. Happy wife happy life.
Quote syadq 25-9-2019 12:51 PM
Untung dapat suami rajin so banyaklah masa bini buat karangan kat FB.
Quote armin 25-9-2019 12:52 PM
rospinki replied at 25-9-2019 12:21 PM
Untonglerr..

Reheki msg2 kan..rezeki aku plak bekas laki blik tghri tnya makan apa ada?? Snggup d ...

Oh em gee pastu lauk pantang uols dpt makan tak? Mmg sedap lauk pantang org main tgk rasa nk mkn jgk
Quote BoongaKertas 25-9-2019 12:54 PM
vee_zara replied at 25-9-2019 03:49 AM
Tak takut ke dia ni share psl laki dia? Kang betine2 garit tak kire anak dara, andartu, janda, bini  ...

iols terfikir benda sama gak weh.
Quote BoongaKertas 25-9-2019 12:54 PM
alhamdulillah. suka dgr news mcm ni.

tp iols kagum dgn mak lelaki tu. dia telah dibesarkan dengan baik. alhamdulillah!

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.182703 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top