CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Comelnya La Hai" - Gajah Berenang Di Tasik Kenyir

24-9-2019 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7339| Komen: 46|Original author: Boomibulat

Siapa sangka, seekor gajah ditemui sedang berenang di Tasik Kenyir di Hulu Terengganu baru-baru ini dan menjadi tular di laman sosial. 

Seorang lelaki Mohd Suwardi, 37 menceritakan pengalamannya terserempak dengan gajah yang berenang di tasik itu.


Katanya, ia begitu menggembirakan kerana menjadi petunjuk bahasa Tasik Kenyir masih menjadi habitat semula jadi haiwan mamalia itu. 

Foto: FB
“Ini bukanlah kali pertama saya melihat sendiri gajah berenang. Sejak mula bergiat aktif dengan aktiviti memancing pada tahun 2004, ini adalah kali keempat saya melihat haiwan itu berada dalam air.

“Namun, tak sangka pula, video yang saya kongsikan di Facebook itu mendapat perhatian ramai. Mungkin kerana masih ramai tidak tahu bahawa gajah adalah mamalia yang boleh berenang, jadi aksi itu menjadi bualan di Facebook,” katanya kepada Bernama. 


Dia memuat naik video gajah berenang itu di akaun Facebook miliknya dan mendapat tontonan lebih 20,000 kali. 

Katanya lagi, sebagai pemancing tegar di situ, banyak lagi haiwan seperti harimau, babi, beruk, kera dan sebagainya yang mempunyai kebolehan berenang. 


“Ini pemandangan ‘biasa’ bagi kaki pancing di Tasik Kenyir. Ramai pemancing yang pernah bertembung dengan haiwan-haiwan ini ketika ia berenang, cuma tidak banyak yang merakam video atau gambar kerana ada kalanya cuaca tidak sesuai seperti hujan... kadang-kadang tergamam.

“Apa pun, yang penting kita jangan ganggu habitat haiwan ini. Jangan ganggu pergerakan mereka ketika berenang bimbang jika ia bertindak ganas pula. Biasanya, kami hanya lihat sahaja dan rakam video jika sempat sebagai kenang-kenangan,” katanya lagi. - CARI 
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 24-9-2019 11:00 AM
Edited by sarah82 at 24-9-2019 11:13 AM

Gajah mmg perenang yg baik.. Byk rekod gajah berenang kot.. Cuma kt mlaysia jarang jumpa.

Edit sbb silap eja.
Quote Malaysia.Doom 24-9-2019 11:00 AM
Tempat camni kena jaga...tanam la pokok buah2 untuk haiwan2 NI makan
Quote Malaysia.Doom 24-9-2019 11:05 AM
JKR hutan

Elephant-Kerja-Berfaedah-01.jpg
Quote pittjie 24-9-2019 11:08 AM
sarah82 replied at 24-9-2019 11:00 AM
Gajah mmg penerang yg baik.. Byk rekod gajah berenang kot.. Cuma kt mlaysia jarang jumpa

perenang dik. bukan penerang...
Quote sarah82 24-9-2019 11:12 AM
pittjie replied at 24-9-2019 11:08 AM
perenang dik. bukan penerang...

Hahahaha.. Typo.. Sy dan typo tak mampu dipisahkan.. Jari gemok sgt.. Hahahaha..
Quote Boomibulat 24-9-2019 11:13 AM
pittjie replied at 24-9-2019 11:08 AM
perenang dik. bukan penerang...

Penerang pn blh..org kg tanam pisang dia tolong kasi clear..
Quote sarah82 24-9-2019 11:14 AM
Boomibulat replied at 24-9-2019 11:13 AM
Penerang pn blh..org kg tanam pisang dia tolong kasi clear..

Dah kita kacau habitan dia.. Mau dia tak angin.. Gajah antara 3 binatang yg arwah tok aku kata pantang dicabar atau jgn mencari geruh..

Tedung selar, harimau dan gajah.. Pantang dicabar mesti depa akan tgg org yg mencabar depa
Quote fliphair8 24-9-2019 11:16 AM
jangan diusik2 nak kacau2 dia....biarkan jek dia disitu...tak mengganggu bontot sesapa kalau kita tak kacau dia dan tempat tinggal dia....
Quote Boomibulat 24-9-2019 11:18 AM
sarah82 replied at 24-9-2019 11:14 AM
Dah kita kacau habitan dia.. Mau dia tak angin.. Gajah antara 3 binatang yg arwah tok aku kata pan ...

I pun dgr cmtu jgk..nk sebut nama pn x berani..klu kacau dia kat hutan smpai ke rumah dia cari nti..
Quote sarah82 24-9-2019 11:20 AM
Boomibulat replied at 24-9-2019 11:18 AM
I pun dgr cmtu jgk..nk sebut nama pn x berani..klu kacau dia kat hutan smpai ke rumah dia cari nti ...

Arwah tok aku juga ckp.. Harimau ni kalau perempuan mengandung masuk hutan.. Dia bau perempuan tu mcm nangka.. Wangi dan manis..
Quote Boomibulat 24-9-2019 11:23 AM
sarah82 replied at 24-9-2019 11:20 AM
Arwah tok aku juga ckp.. Harimau ni kalau perempuan mengandung masuk hutan.. Dia bau perempuan tu  ...

Abis tu dia kacau ke tak..rimau suka mkn nangka ke
Quote sarah82 24-9-2019 11:25 AM
Boomibulat replied at 24-9-2019 11:23 AM
Abis tu dia kacau ke tak..rimau suka mkn nangka ke

Kacau la.. Sbb tu arwah tok aku kata.. Pantang perempuan mengandung masuk hutan
Quote batu kikir 24-9-2019 11:33 AM
Steady Mak Jah. Kalau bolih nak belajar teknik gajah berenang. Dengan badan yg semangat..... cuma guna belalai untuk swim forward. Tasik Kenyir dalamnya bukan main2. Kalau kat tengah2 tu mahu 2-3 kali ganda pokok kelapa
Quote Kurex 24-9-2019 12:37 PM
Dah ada la... Pra mod si modngengade tu dah buat dah thread ni.. Kau ni pun...
Quote RatuDunia94 24-9-2019 01:03 PM
Boomibulat replied at 24-9-2019 11:18 AM
I pun dgr cmtu jgk..nk sebut nama pn x berani..klu kacau dia kat hutan smpai ke rumah dia cari nti ...

Nenek iols ckp dulu org kampung x sebut "Gajah" tapi "Orang Kuat".. kononnya dia x dengar n datang lah..
Quote nanies 24-9-2019 01:12 PM
nampak mcm dalam juga air tu, jauh dr darat. hebak mung wahai gajah.
Quote Malaysia.Doom 24-9-2019 01:14 PM
pittjie replied at 24-9-2019 11:08 AM
perenang dik. bukan penerang...

Penerang hutan kot
Quote arm_band 24-9-2019 02:02 PM
sabo je laaa, baru nak who are yussss kan mak jah  
Quote mongoose_kidz 24-9-2019 02:10 PM
comeinya

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.061379 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top