Apalah nak jadi! Bapa kepada empat anak mengaku tidak bersalah merogol anak sulungnya berusia 12 tahun hingga hamil. Memetik laporan Harian Metro, tertuduh membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan hakim Nooriah Osman.
Difahamkan, tertuduh didakwa melakukan rogol terhadap mangsa di daerah ini, Kuala Terengganu antara 3 hingga 4 pagi pada Julai hingga Ogos lalu. Dia sekali lagi mengulangi kesalahan sama pada 17 Ogos lalu. Sebelum ini portal Harian Metro melaporkan budak berusia 12 tahun menjadi mangsa nafsu bapanya sendiri. Ia terbongkar selepas mangsa didapati hamil ketika mendapatkan rawatan hospital di daerah tersebut selepas mengalami muntah-muntah ketika menduduki UPSR baru-baru ini.
Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 25 Oktober hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes ini. Tertuduh boleh dipenjara hingga 30 tahun jika disabit kesalahan. - CARI
|
ADVERTISEMENT