Izreen Azminda dah selamat melahirkan anak keduanya pada 26 Jun lalu, hasil perkongsian hidup dengan Ude Wahid. Tak payahlah nak cerita lagi kontroversi apa yang berlaku kepada mereka sebelum ini. Satu Malaysia dah tahu!
Baik ambil tahu tentang perkembangannya yang terbaharu, lagi elok rasanya. Baru-baru ini, Izreen ada memuat naik gambarnya bersama bayinya yang diberikan nama Aaron Ibrahim.
Katanya, anak manjanya itu sangat senang nak dibawa keluar. "Diam je, paling tidak tidur", tulisnya. Jom layan gambar-gambar terbaharu Izreen.
Nampak makin cantik pula selepas bersalin. Bukan itu sahaja, makin bahagia dengan suami tercinta. Kerap juga muat naik selfie bersama-sama.
Diselang seli dengan gambar bersama anak-anak tirinya. Semoga Izreen dan suami sentiasa berbahagialah ya sehingga ke syurga.
Elakkanlah daripada mana-mana kontroversi lagi. Rasanya dah boleh buka ruangan komen di Instagram. Senang sikit peminat nak bertanya khabar. Tak begitu? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|