CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Abang, Baby Nak Keluar!' - Lelaki Kongsi Pengalaman Sambut Kelahiran Anak Di Rumah

27-9-2019 10:28 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6158| Komen: 18|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Pada zaman moden ini, tarikh kelahiran anak sememangnya lebih mudah untuk dijangka bagi seseorang ibu mengandung. Bagaimanapun, masih ada kejadian di mana tarikh jangkaan itu meleset menyebabkan ramai ibu-ibu bersalin lebih awal di rumah tanpa sebarang persediaan.




Kredit foto: Facebook

Bagaimana jika pegawai perubatan yang dipanggil semasa kecemasan tidak sempat datang dan yang menemani si ibu ketika itu hanyalah si suami? 

Inilah yang berlaku kepada seorang lelaki, Fahmi Jamil yang terpaksa menyambut sendiri kelahiran anaknya di rumah. Fahmi berkongsi pengalaman itu di Facebook dan mendapat respons ramai netizen.


Kredit foto: Facebook

Fahmi dan isterinya Noor Kamila Abdullah menjangkakan anak kedua mereka akan dilahirkan pada 24 September, tetapi pada subuh 15 September isterinya mula rasa sakit dan dikejarkan ke hospital yang terletak kira-kira 10 kilometer dari rumah mereka di Kedah.

Bagaimanapun doktor menyatakan isterinya belum menunjukkan tanda akan bersalin dan membenarkan mereka pulang. Untunglah Fahmi memutuskan untuk menemani isterinya hari itu kerana setibanya di rumah tiba-tiba Noor Kamila menjerit dari arah bilik air.

'Abang, baby dah nak keluar!' jerit isterinya.



Kredit foto: Facebook

Mula panik, Fahmi menelefon 999 dan disambungkan kepada kakitangan hospital yang menenangkannya.

'Dia menenangkan saya dan memberikan panduan bagaimana menyambut kelahiran bayi termasuk posisi dan sebagainya,' kata Fahmi

Hasilnya, setengah jam kemudian Noor Kamila melahirkan bayi perempuan mereka dengan selamat. Ambulans juga tiba tidak berapa lama kemudian dan membawa ibu dan anak ke hospital. 


Kredit foto: Facebook

Fahmi juga sempat berterima kasih kepada kakitangan hospital yang membantunya melalui talian kecemasan.  

Kisah perkongsian Fahmi di facebook juga sempat mendapat perhatian orang kuat JKN Kedah, Dato Dr Norhizan Ismail yang mengucapkan tahniah kepada beliau.



Kredit foto: Facebook

Kredit foto: Facebook

Pastinya satu pengalaman manis untuk menyambut kelahiran anak sendiri. Tahniah buat Fahmi kerana berjaya melakukannya dengan tenang. - CARI
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 27-9-2019 10:44 AM
hebatnye laki dia...

bkn semua somi leh hadap tuh
Quote Sang_Pencinta 27-9-2019 10:48 AM
Edited by Sang_Pencinta at 27-9-2019 10:53 AM

Pasti ngeri bagi perempuan yg TERbersalin di rumah, kereta atau otw ke hospital
Quote natrahn 27-9-2019 10:57 AM
Suami saya pun pening-pening lalat masa sambut kelahiran anak dulu. Dia mabuk darah tapi dapat bertahan sampai baby keluar. He He
Quote Artemesiaa 27-9-2019 12:36 PM
Syabas sebab berani berdapan dengan masaalah dimasa kecemasan kalau jenis takut apa pun tak jadi
Quote Sang_Pencinta 27-9-2019 01:08 PM
Nasib dia tenang ya, kalau kalut tak selamat anak bnini dia
Quote Perawankota 27-9-2019 02:20 PM
Terbaik husband dia
Quote msbegawan 27-9-2019 02:27 PM
good job and congrats, en fahmi & pn kamila serta kakitangan hospital!
kerjasama yg cemerlang!
Quote Sang_Pencinta 27-9-2019 02:36 PM
My sister dulu bersalin dlm kereta, nasib dah sampai parking hospital
Quote grizz 27-9-2019 04:27 PM
tahniah la berjaya jd bijan terjun..

klu laki aku msti dh pengsan dh..beranak dulu pon soh die masuk labor room skali..kekonun teman la..bile bau darah je tgk muke die dh biru dh..mmg aku halau je kua..elok aku je dok spital kang dgn die2 baring kt katil hospital gak..
Quote BlueRose99 27-9-2019 04:59 PM
Husband Hakak temankan Hakak dalam labour room tapi dia hampir mabuk darah..
Quote MissCarcosa9753 27-9-2019 07:32 PM
Alhamdulillah takyah doula douli
Pelampung serta kolam
Quote MsPercy 27-9-2019 08:57 PM
tahniah anda hebat {:good
Quote Intanterpilih09 27-9-2019 09:16 PM
Tahniah en.fahmi n family.Semoga berbahagia selalu.
Quote Syuhada9066 27-9-2019 09:34 PM
Alhamdulillah senang bini dia bersalin dan Alhamdulillah d permudahkan semuanya ..  
Quote seeriesagain 28-9-2019 12:31 AM
Baru je tgh hari td penyewa blkg rumah mak aku terberanak kat rumah x sempat g hosp... Senang btul beranaknya, tp scary... Huhuhu
Quote delsmomm 29-9-2019 11:00 AM
bagus suami dia..

faham isteri dia siap puji2 isteri dia sibuk nak selesai kerja takut susahkan org..

pastu xpanik plk nak sambut baby..

kwn aku pernah alami detik2 cemas mcm ni jgk.. tau2 je dah nmpk byg2 kepala baby..

nasib la hosp dkt.. tu pon xsempat jgk..terberanak dlm keta kat unit kecemasan hosp..misi2 tunggu sambut baby kat luar keta je..
Quote missycutie 29-9-2019 08:07 PM
Abang aku... dua anak dia bersalin dalam kereta. 1 otw ke hospital, mak aku yg sambut. Sorang lagi dah sampai hospital, tapi x sempat masuk. Abg yg sambut. Mmg koboi betul la. Ha3
Quote Gomea 30-9-2019 02:21 PM
Alhamdulillah. Semuanya selamat.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.086202 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top