Logo baharu yang diperkenalkan oleh Proton Holdings Bhd. (Proton) pada 24 September lalu tidak terlepas daripada menjadi sasaran kritikan oleh para netizen di negara ini. Sebahagian besar daripada mereka berpandangan, logo tersebut kelihatan menyerupai simbol yang tertera dalam siri animasi Thundercats yang pernah popular sekitar 1980-an dan 1990-an dahulu. Akibatnya, ruangan komen di bawah gambar logo baharu itu dalam laman Facebook Proton Cars dijadikan tempat untuk netizen 'membawang'. Ada juga netizen yang beranggapan logo baharu Proton tersebut kelihatan seperti logo pada mainan buatan China dan spanar yang berukir. Malah, beberapa netizen menyatakan bahawa logo yang lama kelihatan lebih menarik. Namun, tidak kurang juga yang memuji pembaharuan simbolik yang diperkenalkan oleh Proton itu adalah selaras dengan usaha memacu dan mencapai kejayaan pada masa hadapan. Semoga Proton terus maju dan istiqamah dengan objektif asalnya untuk menghasilkan kereta mampu milik yang berkualiti kepada rakyat Malaysia. - CARI
|
seri_mawr: logo lama proton apa ye..? knp kena tukar logo baru...?
natrahn replied at 26-9-2019 11:38 AM
Makin cantik logo baru Proton.
Dan katun Thundercats tu lejen ..terngiang-ngiang pulak lagu dia he ...
RatuDunia94 replied at 26-9-2019 12:18 PM
Yg ni kannn..
thopsctz replied at 26-9-2019 02:51 PM
With this application, you can observe any channel on your Android cell phone or tablet by essential ...
nusaraya replied at 26-9-2019 02:47 PM
Woow...Proton dan Malaysia betol-betol mendunia dan menggerunkan..
Tak lama Proton akan menjadi k ...
nusaraya replied at 26-9-2019 06:47 AM
Woow...Proton dan Malaysia betol-betol mendunia dan menggerunkan..
Tak lama Proton akan menjadi k ...
ADVERTISEMENT