CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tahan Dibuli, Pelajar Humban Pembuli Dari Tingkat Empat Sekolah

26-9-2019 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9044| Komen: 53

Pelajar sekolah menengah di Guangxi, China, parah selepas dicampak dari tingkat empat bangunan sekolahnya.

AsiaOne melaporkan, kejadian itu menyebabkan kerosakan pada organ dalaman mangsa selain mengalami keretakan di beberapa bahagian tubuhnya.


Pada Selasa lalu, mangsa dilaporkan masih diawasi di Unit Rawatan Rapi (ICU).


Kredit foto: AsiaOne

Pada 16 September, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan beberapa pelajar sedang berkumpul di koridor pada waktu rehat.

Seorang pelajar kemudian dilihat secara tiba-tiba mengangkat dan melontar pelajar berpakaian hitam dari koridor itu, disaksikan pelajar lain yang tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Selepas perbuatannya itu, penyerang berkenaan dilihat berjalan tenang menuju ke kelasnya.

Berikutan kejadian, penyerang yang dikenali sebagai Huang ditahan bagi membantu siasatan.


Menurut ibunya, Huang merupakan mangsa buli beberapa pelajar sekolah terbabit termasuk mangsa, Wei.

Huang dikatakan sering dikejar dan dibuli sekumpulan besar pelajar ketika waktu persekolahan dan pada hari cuti.



Ketika disoal siasat, suspek mendakwa pembuli di sekolahnya digeruni ramai, malah semua guru di sekolah itu tidak berani mengambil sebarang tindakan untuk membantu mangsa buli.

Sementara itu, bapa Wei menerusi sebuah entri blog mendakwa sebaliknya dan meminta warganet agar memikirkan perasaan keluarga mangsa sebelum menyebarkan kenyataan berunsur kebencian.

Difahamkan, kes masih dalam siasatan polis. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 26-9-2019 01:49 PM
Membuli & terlalu ikut perasaan, dua2 xbagus
Quote mesmerize 26-9-2019 01:54 PM
silap budak badan besar n tinggi dibulinya.. semoga cepat sembuh dik
Quote sarah82 26-9-2019 02:00 PM
Nah.. Sekali kena... So nak tau betul x betul.. Nanti ada la budak2 sekolah tu bgtau..
Quote ais_kosong 26-9-2019 02:09 PM
Kalau betul la Wei tu pembuli jahat x aku kata selayaknya.
pergi sekolah elok2 xboleh ke. ni nak membuli orang lain.
ibubapa si pembuli tengok sama anak korang tu.
Jangan sebab anak anda pembuli anak orang lain jadi pembunuh
Quote Eric.n9 26-9-2019 02:23 PM
Yang membuli terus membuli, pasal dia rasa superior dari yang di buli
Yang dibuli pula, perasaan tertekan, nak report kat cikgu, cikgu pun takut kat pembuli,
Jadi hidup dlm keadaan tekanan perasaan... in a long run ni la hasilnya.
Nasib la si pembuli tak mati...
Quote haryatie 26-9-2019 02:26 PM
ambik ko..suka sgt membuli org
bila da sakit hati dn benci sgt..si penakut pun boleh jd berani
Quote R2D2 26-9-2019 02:31 PM
sama mcm kes mangsa fitnah
sekali buku temu ruas
habis la kena smash
Quote CiliPadiSedap 26-9-2019 02:34 PM
nasib baik sekolah agama kaka dulu setingkat kalau 4 tingkat rasanya kaka duduk dalam penjara sambil cari wifi untuk masuk cariforum
Quote Kurex 26-9-2019 02:35 PM
Adan ukeeee
Quote MenteriWanita 26-9-2019 02:51 PM
"Ketika disoal siasat, suspek mendakwa pembuli di sekolahnya digeruni ramai, malah semua guru di sekolah itu tidak berani mengambil sebarang tindakan untuk membantu mangsa buli."

Kompem anak orang kaya dan berpengaruh, cikgu atau murid yang tegur bakal dibuang sekolah.
Quote helicornia 26-9-2019 02:54 PM
tu dia baru bertemu buku dgn ruas
Quote Gomea 26-9-2019 02:55 PM
Kalau betul, mmg cash la.
Quote matamata 26-9-2019 02:57 PM
Peluang untuk memenangi 9 buah kereta daripada Honda!
Quote multinicky 26-9-2019 03:09 PM
Terokai Turki, Salah Satu Negara Paling Romantik Di Dunia!
Quote buapakperut 26-9-2019 03:13 PM
sape suruh membuli.. jangan cari pasal ngan orang. ko tak tahu lagi dia macam mana
Quote Artemesiaa 26-9-2019 03:37 PM
Tahap kesabaran orang ada hadnya bila dah hilang sabar inilah akibatnya
Quote jijilaaa 26-9-2019 03:47 PM
baru kena buku dengan ruas...hambik
Quote crazybeach 26-9-2019 03:50 PM
padan muka!!! rasain loh!!! bapak si wei ko jangan nak fefeling jadi mangsa keadaan yach dasar tau nak mengeseks jah kan jaga anak tak reti. suruh orang fikir perasaan keluarga konon. perasaan mangsa buli ko hada nak pikir?? spesis sialan cam anak kau liat sungguh nak mati kan. elok mampus jah dari membesar esok2 menyusahkan orang lain pulak
Quote saviour_09 26-9-2019 03:52 PM
diam2 jangan dipijak
sekali dia snap
silap2 ke alam barzakh ko

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.046937 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top